Satu hari dimusim sejuk, seingat aku waktu tu adalah tahun pertama
aku menghirup oksigen di bumi Dublin, tanpa lupa untuk mengeluarkan
karbon dioksida (this post doesn’t mean to be a scientific journal
okeh). Biasanya, bila terlalu bosan duduk kat rumah, aku akan kayuh
basikal sorang2 ke Dublin City, pusing2 dan merayau-rayau kat
pasaraya-pasaraya murah spt Guiney’s dan Dunnes.(Apalah daya hamba hanya
rakyat biasa, tidak mampu untuk ke Zarra atau Topman atau yang sama
level dengannya).
So, satu hari tu, aku berbasikal ke Dublin City dari rumah ‘mewah’
bertandas satu dengan lapan penghuni (bayangkan kami kena beratur pagi2
nk guna tandas mcm dlm cite P.Ramlee, huhu), terletak di 41, Lower Mount
Pleasure Avenue, Rathmines ke Dublin City. Tak la jauh sangat, tapi
berbasikal dalam udara sejuk cukup untuk ‘mengecutkan’ paru2 aku yang
terpaksa bekerja lebih untuk supply oksigen ke seluruh badan yang ‘agak
berisi’ ni. Destinasi untuk merayau kali ni adalah Guiney’s (sound so
cheap).
Lepas parking ‘superbike’ (layak di gelar super bike sbb mampu
tanggung berat aku ni) kat tiang lampu depan kedai tu, aku masuk dlm
kedai tu di tingkat bawah, bahagian jualan pakaian lelaki. Lepas pusing2
dalam kedai tu sampai pening, dan xbeli apa pun, aku rehat jap kat
bahagian kemeja lelaki, tengah belek2 baju kat tempat tu, tiba2…
Seorang lelaki Irish berumur dalam lingkungan 50 tahun datang ke arah
aku dan memeluk aku erat2 sambil berkata, brother, brother, brother…
(Dalam hati aku dah berdebar-debar dah, maklumlah kat Eropah ni,
golongan gay berleluasa) Tapi aku bersangka baik dan bertanya pada dia:
Sorry, you said to me brother, brother, brother… Are you muslim?
Dia menjawab: Owh, NO, I’m not muslim, I’m Christian Catholic
(Cristian catholic adalah mazhab terbesar di Ireland Selatan, di Ireland
Utara pula lebih kepada Protestan). But when I see you just now, I know
you are Muslim and a good man!
Aku blushing bila dia ckp ‘a good man’ lalu membalas: No, please
don’t say that, I’m not a good man, but insyaAllah I’m trying to be
good.
Dia senyum dan tanya aku: Do you know how I know that you are a muslim?
Aku terkedu dengan soalan yang diajukan. Ermmm, maybe because of
this? (sambil menunjukkan ke arah kopiah hitam Raihan yang setia menjadi
penutup kepala terutama di musim sejuk ni).
Dia senyum lagi sambil menggelengkan kepala dan berkata: No… Not
because of that, it is because of this (sambil menunjukkan ke arah
janggut aku yang baru tumbuh jarang2, dan memang niat aku nk simpan),
because of your beard, sambung dia lagi.
Dia terus berbicara: I know that it is a tradition of a muslim to
keep beard. Dia jugak ada bagitau yang dia pernah cuba berpuasa, tp tak
tahan sebab lame sangat dalam 12-13 jam kena puasa, dan dia kata dia
suka untuk belajar lebih banyak pasal kehidupan dan cara hidup orang
Islam dan ade beberapa perkara lagi kami bincang masa tu. So aku bg
alamat rumah dan invite dia ke rumah, mana tau kita boleh bincang lebih
pasal Islam, pastinya mengikut kemampuan aku yang tak seberapa ni.
Kemudian dia minta diri untuk balik dulu, and so did I..
Aku pun balik jugak ke rumah, tp kali ni kayuhan basikal aku diiringi
ingatan terhadap pertemuan aku dengan pak cik Irish tu, yang
memperkenalkan dirinya sebagai Uncle Gerd. Lalu aku teringat kata2
orang2 alim, bahawa dalam setiap sunnah nabi itu ada nur, ada tanda2
kita sebagai orang Islam. Dan antara sunnah nabi paling mudah, tak perlu
keluar duit, bahkan menjimatkan duit dari beli pisau cukur ialah simpan
janggut. Dan sunnah janggut adalah satu-satunya sunnah nabi yang boleh
dibawa sampai dalam kubur. So aku nak tutup post kali ni dengan satu
persoalan kepada kaum lelaki:
‘Wahai lelaki, di mana janggutmu..?’
No comments:
Post a Comment