Followers

Sunday, November 24, 2013

Bersama Sampai Jannah @ Bersama Sampai Jahannam???!!


Musim2 cuti sekolah ni memang musim orang kawen. Sana sini di mana-mana dalam negara Malaysia yg 'masih aman' ni kita boleh tengok ade je majlis2 akad nikah kat masjid2, dan majlis2 kenduri kawen berlangsung kat mana2.

Baguslah mereka2 yg kawen tu. Dapat elakkan daripada maksiat dan kalau ikut agama kita Islam ni, kawen tu ibarat sudah menyempurnakan separuh drpd agama. Tetapi...

Kat sini ak nk berkongsi sedikit perasan bengang dan geram dngn orang2 muda yg buat akad nikah kat masjid. Kita selalu dngr orng komn pasal pakaian x cukup kain/x tutup aurat masuk dlm masjid, x jaga adab2 masjid dan sebagainya.. itu satu bab..

Ada lagi bab yang lagi membengangkan. Ada sekali tu, masa tu waktu asar kalau tak silap. Aku pergi jemaah kat masjid (ni bukan nk cerita yg aku gi semayang masjid ok), dan2 aku sampai tu, orang tengah iqamah, tngah2 kelam kabut naik tangga msajid, aku terpandang sepasang pengantin dengan 2 orang jurugambar. Si pengantin sibuk dok posing, yg 2 lg jurugambar tu asyik duk klik and flash kamera. Nak je aku gi hempuk ngan helmet kepala 4 orang tu. Kalau bergambar kt taman ke, tepi laut ke, dalam sungai ke, bawah jambatan ke boleh tahan lagi, ni betul2 tepi tangga masjid. Orang iqamah nk solat, boleh plak 4 mangkuk tu buat x tau je.. Sampai la abis solat, aku turun tangga nk balik, masih lagi duk berposing! Geramnya Allah je lah tau. Aku syak, malang betul pompuan tu dapat laki mcm tu. Dan laki tu pun malang jgk dpt bini mcm tu,. Hak dan kewajipan pada Allah ta'ala dia boleh buat bodoh mcm tu, jgn harap dia dpt tunaikan hak suami isteri dngn sempurna. Habis cerita satu.

Cerita dua, betul2 berlaku semalam. Ngam2 habis orang azan zohor, aku sampai masjid. Tengah2 duk ejas parking kereta ade srombongan kereta turut sama parking. Alhamdulillah.. ramai plak orang jemaah hari ni (kata hati yg sentiasa berbolak-balik ni..). Tiba2 ternampak seorang lelaki keluar kereta berpakaian segak, dan dari kereta satu lagi seorang wanita berpakain ketat, bertudung dan bermekap tebal. Tebalnya mekap tu aku boleh cakap, sampai kita boleh nampak dia sorang je nmpak putih dalam ramai2 tu.. (ini bukan racist ok, cuma nk terangkan ketebalan mekap dia).  oh rupa2nya nk akad nikah.. mungkin lepas zohor la tu..

Maka naiklah lelaki dan perempuan berpakaina cantik serta konco2nya ke atas masjid... Alhamdulilah yang lelaki smuanya pergi solat termasuk pengantin lelaki tu. Tp yg aku peliknya, tiba2 perempuan bermekap tebal tu turun balik, ditemani seorang lagi perempuan, aku syak kakak/sepupu dia. Ade ke dekat2 orang nk smayang dia blah, pergi duduk dalam kete yang duk parking kat tangga masjid!! Kalau betul xleh semayang, mesti awal2 lagi xleh masuk dan duduk dlm masjid. Tak lain tak bukan sebab x boleh nk ambik wuduk sbb mekap tebal sangat, pahtu nk semayang pun seksa sebb kain baju tu dah mcm pembalut buah nangka!! Astaghfirullah... Sanggup demi mekap, gadaikan peluang utk solat di awal waktu.

Kahwin tu sunnah, solat tu wajib. Rata2 hari ni, walaupun org tu ntah apa2, pakaian x tutup aurat, mekap/berhias mcm arab jahiliyah, bila di tanya mesti cakap ayat cliche: Ermmm... I nakkan seseorang yg soleh/solehah.. supaya boleh jadi pembimbing I... Teman hidup I... yg boleh beri kebahagian shingga ke Jannah..! (X percaya tengokla artis2 dlm TV tu, mmg lbih kurang gitu la kata2 mereka)! Phhuiii!! 

Kepada yg nk kawen cuti2 sekolah ni, jaga la sikit. Jangan sampai kerana takut mekap hilang, kerana bersanding, kerana sibuk bergambar, solat dan kewajipan pada Allah kita abaikan... Kata nk bersama sampai Jannah? Niat tu dah elok, dh cantik bangat!!! Tp kalau kawen pun dh okut trend mcm orang Kristian/Hindu, tu maknanya nk bersama sampai Jahannam namanya...

*Sekian dulu aku mebebel sorang2 ngn keyboard ni. Tak kesah la nk kata aku keyboard warrior ke ape ke.. Harap2 kalau koang terbaca ni, fikir2kanlah... Bagi yg belum kawen mcm ak ni, aku rasa masih ada ruang utk kita mengubah adat perkahwinan masyarakat kita yg makin gila, membazir dan menyusahkan skarang ni. Tu belum kita sembang dan kaji lg ttg pembaziran2 diluar kemampuan semata-mata nk ikut trend. Pendek kata, mcm2 la benda karut yg belaku.Tu baru pendek yg kata, panjang belum kata apa2 lagi tu, panjang tengah rilek je.. :P*

No comments:

Post a Comment