Followers

Saturday, November 23, 2013

Jemaah 7 Negara

Perghhh, sedar tak sedar, lama gila aku tak update blog ni. Tp Alhamdulillah, isu perkauman dan perpecahan ummat yg sedang hangat di bumi Allah yg berdaftar dengan nama Malaysia ni memanggil aku untuk menulis pengalaman sendiri di sini tentang bagaimana hati2 manusia boleh bersatu, walaupun berlainan warna kulit, bahasa, darjat, pangkat, warna rambut, dan sebagainya.

Penghujung Ramadhan tahun 2010, adalah tahun pertama dalam hidup aku menyambut Ramadhan dan Aidilfitri tanpa bersama Ma, Abah, adik2, ketupat, satay dan nasik dagang. Alhamdulillah, tahun itu Ramadhanku dan Raya Aidilfitri aku disambut di bumi asing, yang mana rakyatnya banyak menjadi warga asing di negara kita. Pendekkan cerita, masa tu merupakan bulan ketiga aku berkelana di bumi Bangladesh, keluar dijalan Allah, untuk belajar usaha atas iman dan amal.

Aku datang ke Bangladesh ni untuk keluar di sini selama 3 bulan, selepas menghabiskan bulan pertama dengan bermadrasahkan dari masjid ke masjid di bumi Eropah bernama Ireland. Selepas sebulan keluar di Ireland, aku terbang ke Bangladesh sejurus tamat Ijtimak Ireland untuk tahun 2010. Untuk dua bulan pertama aku khuruj di negara yg menjadi sebahagian drpd benua India ni, aku join jemaah Malaysia dari Penang.

Untuk tasykil ketiga, aku dan 2 orang lagi sahabat dari Ireland digabungkan dlm jemaah yg terdiri drpd saudara seislam dari pelbagai negara. Oleh kerana kami datang dari Ireland pada masa tu, mereka menggelarkan kami jemaah Ireland (kami 3 orang: 2 melayu, 1 pakistan).

Aku digabungkan dengan muslim dari Uganda, Kenya, Somalia, Indonesia, Bangladesh, dan Pakistan. Jadi termasuk aku dan sorang kawan yg berbangsa Malaysia ni, jadi jemaah kami semua dari tujuh negara. Pada mulanya sahabat kita dari Indonesia tidak bersetuju, mereka sedikit membantah kerana bimbang berlaku ketidaksefahaman semasa di tempat tasykil nanti. Namun, selepas dipujuk oleh sahabat2 yang lain, dia akur dengan keputusan syura.

Tibalah masanya mesyuarat untuk melantik Amir Jemaah, yang akan bersama-sama selama 25 hari ni. Mesyuarat dijalankan dengan penuh tawajjuh, dengan seorang syura Markaz Kakrail ada bersama kami untuk mebuat keputusan. Mesyuarat punya mesyuarat, syura telah melantik aku sebagai amir jemaah tersebut… Allahuakbar! Astaghfirullah… Keputusan itu menyebabkan aku nk menangis dan cabut lari saja dari situ. Bayangkan, aku yang pada masa tu berumur baru 21 tahun, diputuskan utk menjadi amir kepada satu jemaah yg berbilang bangsa dan negara, dan mereka semuanya orang2 lama yg jauh lebih berpengalaman dari aku. Aku memang menangis, menangis kepada Allah memohon di beri kekuatan dan dipimpin untuk menjadi amir kepada jemaah ini. Pada mulanya aku menolak, tetapi selepas dipujuk oleh syura dan ahli jemaah, aku menerima dngn hati yg berat sekali.

Tibalah masanya kami ketempat tasykil. Alhamdulillah, Allah memang tidak menguji hambaNya melebihi drpd apa ygn dapat ditanggung. Kami diputuskan ke bandar Mymonsing yg tidak berapa jauh dari Dhaka. Tambahan pula, daerah itu dikatakan sebuah daerah yang agak membangun kerana ianya pusat kepada institusi pengajian tinggi. Route kami adalah masjid2 yg terletak didalam atau berhampiran dngn pusat2 pengajian tinggi.

Mujahadahnya untuk menghabiskan 25 hari bersama-sama, siang dan malam hanya Allah yang tahu. Hampir setiap malam, aku tidak akan lupa solat hajat memohon pada pemegang hati2 manusia untuk menyatukan hati2 kami yang berlainan bangsa ini. Alhamdulillah, kerana fikir agama, kerana Allah dan Rasul, kami habiskan 25 hari tersebut seperti sebuah keluarga. Walaupun aku yang paling muda dalam jemaah dan memimpin mereka yg jauh lebih tua, lebih berpengalaman dan dari segi pangkat dunia ada yang lebih tinggi, namun kerana Allah dan Rasul, kerana Agama kami semua satu hati walaupun antara kami sngt susah untuk berkomunikasi. Apa tidaknya, ada yang hanya faham English, ada yang hanya faham Arab, ada yang hanya faham Benggali dan ada yang hanya faham Bahasa Melayu. Mesyuarat harian tidak sah kalau tak ambil masa lebih dari 2 jam kerana setiap usul dan keputusan kena diterjemahkan ke 4 bahasa.

Namun, kami tetap boleh makan se talam, bergurau senda dan mengambil berat antara satu sama lain. 25 hari bersama mereka, adalah saat paling manis dalam hidup aku selain daripada saat dapat result SPM, hehehe. Apa tidaknya, aku pernah terfikir, kalau tidak kerana Allah dan Rasul, mana mungkin aku dapat bertahan dengan mereka selama 25 hari. Kalau tidak Allah yg menyatukan hati2 kami, pasti pergaduhan dan pertengkaran akan berlaku dalam jemaah kami.

Khuruj pada bulan ketiga di Bangladesh itu betul-betul mengajar dan mendidik aku, bahawa tidak ada cara lain untuk menyatukan ummat ini, melainkan hanya dengan cara yang diajar oleh Rasulullah s.a.w. Mungkin begitulah kehidupan para sahabat. Mereka menerima antara satu sama lain, menyayangi satu sama lain semata-mata kerana Allah dan Rasul. Semata-mata untuk menegakkan Islam di muka bumi Allah. Sahabat2 yg bukan dari Arab seperti Salman Al-Farisy, Bilal al-Habshy, dan ramai lagi, diterima oleh sahabat2 yg berbangsa Arab dengan hati terbuka, bahkan menerima mereka seperti saudara kandung mereka semata-mata kerana satu hati atas kalimah tauhid yang agung, ”Laaailahaillallah”

Tetapi hari ni, manusia2 yg mengaku dirinya Islam, mengaku pendokong ajaran Islam, mengucapkn syahadah dan beribadah ikut syariat Islam, dengan selambernya mengutuk, memaki, mencaci dan membuka aib orang Islam lain kerana kepentingan duniawi. Bahkan ada yg mengaku membawa fahaman dan ajaran islam sebenar, tetapi kata2 cacian, maki hamun dan tohmahan seolah-olah telah menjadi ganti kepada zikir2 memuji Tuhan pada bibir-bibir mereka. Namun tanpa rasa malu, mereka masih mengaku merekalah pembawa ajaran Islam yg sebenar. orang-orang yg tidak menyebelahi mereka pula, langsung dituduh munafik dan sebagainya.

Aku jadi sedih melihat golongan2 agamawan menyerang antara satu sama lain kerana berbeza fahaman politik. Walupun dalam ic mereka tertulis agama: Islam, Bangsa: Melayu, tetapi dek kerana politik kepartian yg diagung-agungkan, mereka sewenang-wenangnya menggunakan hujjah agama untuk memburukkan dan menjatuhkan imej lawan mereka, sehinggakan most of the time, aku sebagai orang awam jadi bengong dan keliru dngan fatwa2 yg dikeluarkan.

Sedarlah wahai ummat, diluar sana ramai lagi manusia yang jauh dari agama. ramai lagi manusia yang hanya islam pada nama dan ic. ramai lagi manusia yg benih2 syirik tumbuh bercambah dlm hati2 mereka. Akhlak monyet dan kera yg diamalkan kebanyakan orang yg mengaku mukmin pada hari ni, menyebabkan orang yg jauh dari Islam bertambah jauh, dan orang bukan Islam semakin menyampah dengan Islam.

Bagi hamba2 Allah yang taksub dngn sistem politik kepartian di bawah payung demokrasi, dan meghalalkan cara yg terang lagi bersuluh dibawa oleh Yahudi ini, dan yakin inilah caranya untuk tegakkan Islam, sila fikir berkali-kali dan muhasabah semula keyakinan anda. Selak lah buku sejarah para sahabat, pernahkah ada sahabat yg menubuhkan parti Islam untuk mengakkan Islam? Dan sebelum tu, cuba fikir, seandainya Nabi, ataupun sahabat baginda masih hidup, beranikah kita mengatakan ”tidak ada cara lain dah pada zaman ni melainkan cara ini”? Kalau anda berani, anda memang hebat!!!
Aku tutup post kali ni dengan sebuah hadis buat renungan bersama…
“Apabila umatku berbangga-bangga dengan dunia, diangkat kehebatan Islam daripada mereka. Apabila umat aku meninggalkan amar makruf nahi mungkar, diangkat daripada mereka keberkatan wahyu. Apabila umat aku caci-mencaci sesama mereka, maka akan terhindarlah mereka daripada rahmat Allah.” (mafhum hadis)

No comments:

Post a Comment