Followers

Showing posts with label Memoir Di Bumi Shamrock. Show all posts
Showing posts with label Memoir Di Bumi Shamrock. Show all posts

Sunday, March 9, 2014

How It Feel to Be On A 'Nearly Crashed Airplane'' (A personal Experience of Myself)



Reading the tweets of few stupid morons and retarded young girl/boy about the MH370 tragedy just make me want to slap them till they vomit blood. How the hell you can say that is just a small matter and you mock over the people who really care about the victim? I think this kind of people need to be put on an aircraft,and then crashed the plane to the deepest sea on earth.

Let me share you my own experience of being on an aircraft that almost crashed due to severe tuburlence...

It was in Winter 2011 when 3 of my friends and me make a sudden decision to go to Belgium and The Netherlands for our short winter vacation after having our final semester exam. I was studying in Dublin, Ireland during that time. So there we are,visiting few famous place in Belgium and Holland including 'The Red Light District of Amsterdam..' Opps. p/s: We just visit, not doing anything in fact we dont even look at the girl in the glass box along the street. :P hehe.

We took a cheap return Ryan Air flight from Dublin to Brussels. Therefore our journey is like: Dublin-->Brussels---> Amsterdam--->Brussles--->Dublin. We traveled from Brussels to Amsterdam by bus. So came to the last day in Amsterdam. I told my friend that we have to go to Brussels as early as possible so that we can spend a little bit of time visiting the Grand Markt and catch the flight without rushing. However, one of my friend refuse to go with me becos he had some personal things to do. So I asked my two other friend to follow me.

In Brussels we took our flight back to Dublin without 1 friend and he really miss that flight. There we are, flying across UK and Irish Sea when suddenly our flight hit the strong turbulence. The plane shaking so bad and suddenly it went down and up like a kite that has been cut from thee rope (in Malay we say ibarat layang2 putus tali) It was so terrible. All the passengers shouting in fear as we really going to be crashed.

I saw all of the passengers  (which I believe most of them are Christian) were praying seriously. Including me and 2 friends, we prayed according to Islam way. I told my friends to recite syahadah and do a lot of zikir. One of my friends who sat beside me whispered in my ear: Aku menyesal ikut kau Mi, patut aku ikut Q***, takdelah aku ternaik flight ni. Untung Q*** terlepas flight.( I'm so regret following you, I should follow tha other friends(who missed the flight). He was lucky that he missed this flight).

I don't know what to say, I just kept quiet and repeatedly reciting the syahadah. At that time, I really felt that I'm gonna die in a plane crashed. It was so scary. Nobody to help you except the Almighty God. We kept praying and praying until about 5-10 minutes, we felt the flight has regain its stability.

You know what, when the pilot landed the flight safely, all of the passengers give a big applause and hug each other. How can't you not be so happy as you just go through a life and death situation? Only God knows how I feel during that time. That was the most terrible flight I've ever been. During the turbulence, we felt regret for visiting the Red Light District we felt we have done sins and now we gonna die without repenting. huhuhu.

But now thank you Allah that I can still sit in front of my PC and write my experience here. The accident did not kill my bravery to be on flight again, but somehow the missing of MH370 seems to make me feel afraid to be on long journey flight even I've been used to a 13-14 hours of flight from KL to UK and then Dublin.

To all morons who take this tragedy as a joke and write stupid thing, please be reminded that one day it could be yourself, your family members or close friends on a crashing/missing flight. Keep praying for MH370, may Allah save them all, may the plane being found as soon as possible.


Saturday, November 23, 2013

Nilai Sejemput Janggut

Satu hari dimusim sejuk, seingat aku waktu tu adalah tahun pertama aku menghirup oksigen di bumi Dublin, tanpa lupa untuk mengeluarkan karbon dioksida (this post doesn’t mean to be a scientific journal okeh). Biasanya, bila terlalu bosan duduk kat rumah, aku akan kayuh basikal sorang2 ke Dublin City, pusing2 dan merayau-rayau kat pasaraya-pasaraya murah spt Guiney’s dan Dunnes.(Apalah daya hamba hanya rakyat biasa, tidak mampu untuk ke Zarra atau Topman atau yang sama level dengannya).
So, satu hari tu, aku berbasikal ke Dublin City dari rumah ‘mewah’ bertandas satu dengan lapan penghuni (bayangkan kami kena beratur pagi2 nk guna tandas mcm dlm cite P.Ramlee, huhu), terletak di 41, Lower Mount Pleasure Avenue, Rathmines ke Dublin City. Tak la jauh sangat, tapi berbasikal dalam udara sejuk cukup untuk ‘mengecutkan’ paru2 aku yang terpaksa bekerja lebih untuk supply oksigen ke seluruh badan yang ‘agak berisi’ ni. Destinasi untuk merayau kali ni adalah Guiney’s (sound so cheap).
Lepas parking ‘superbike’ (layak di gelar super bike sbb mampu tanggung berat aku ni) kat tiang lampu depan kedai tu, aku masuk dlm kedai tu di tingkat bawah, bahagian jualan pakaian lelaki. Lepas pusing2 dalam kedai tu sampai pening, dan xbeli apa pun, aku rehat jap kat bahagian kemeja lelaki, tengah belek2 baju kat tempat tu, tiba2…
Seorang lelaki Irish berumur dalam lingkungan 50 tahun datang ke arah aku dan memeluk aku erat2 sambil berkata, brother, brother, brother… (Dalam hati aku dah berdebar-debar dah, maklumlah kat Eropah ni, golongan gay berleluasa) Tapi aku bersangka baik dan bertanya pada dia: Sorry, you said to me brother, brother, brother… Are you muslim?
Dia menjawab: Owh, NO, I’m not muslim, I’m Christian Catholic (Cristian catholic adalah mazhab terbesar di Ireland Selatan, di Ireland Utara pula lebih kepada Protestan). But when I see you just now, I know you are Muslim and a good man!
Aku blushing bila dia ckp ‘a good man’ lalu membalas: No, please don’t say that, I’m not a good man, but insyaAllah I’m trying to be good.
Dia senyum dan tanya aku: Do you know how I know that you are a muslim?
Aku terkedu dengan soalan yang diajukan. Ermmm, maybe because of this? (sambil menunjukkan ke arah kopiah hitam Raihan yang setia menjadi penutup kepala terutama di musim sejuk ni).
Dia senyum lagi sambil menggelengkan kepala dan berkata: No… Not because of that, it is because of this (sambil menunjukkan ke arah janggut aku yang baru tumbuh jarang2, dan memang niat aku nk simpan), because of your beard, sambung dia lagi.
Dia terus berbicara: I know that it is a tradition of a muslim to keep beard. Dia jugak ada bagitau yang dia pernah cuba berpuasa, tp tak tahan sebab lame sangat dalam 12-13 jam kena puasa, dan dia kata dia suka untuk belajar lebih banyak pasal kehidupan dan cara hidup orang Islam dan ade beberapa perkara lagi kami bincang masa tu. So aku bg alamat rumah dan invite dia ke rumah, mana tau kita boleh bincang lebih pasal Islam, pastinya mengikut kemampuan aku yang tak seberapa ni. Kemudian dia minta diri untuk balik dulu, and so did I..
Aku pun balik jugak ke rumah, tp kali ni kayuhan basikal aku diiringi ingatan terhadap pertemuan aku dengan pak cik Irish tu, yang memperkenalkan dirinya sebagai Uncle Gerd. Lalu aku teringat kata2 orang2 alim, bahawa dalam setiap sunnah nabi itu ada nur, ada tanda2 kita sebagai orang Islam. Dan antara sunnah nabi paling mudah, tak perlu keluar duit, bahkan menjimatkan duit dari beli pisau cukur ialah simpan janggut. Dan sunnah janggut adalah satu-satunya sunnah nabi yang boleh dibawa sampai dalam kubur. So aku nak tutup post kali ni dengan satu persoalan kepada kaum lelaki:
‘Wahai lelaki, di mana janggutmu..?’

''You Are Arrested'' (Combined Part 1 and 2)


Menghampiri pertengahan bulan November ni mengingatkan aku pada satu peristiwa, penglaman, tragedi yang takkan aku lupakan sampai aku mengalami ‘brain death’, sewaktu bermusafir di bumi Eropah. Peristiwa yang hampir2 membuatkan aku merengkok dipenjara atau mungkin dihukum gantung sampai mati di bumi Eropah. Mungkin ada yang tidak percaya, tapi hakikatnya kisah ini adalah realiti, dah sudah menjadi sebahagian daripada memori2 jangka panjang dalam diari hidup aku yang hampir mencecah suku abad ini.
Bulan November 2010, 2 tahun yang lalu, hati dan lidah aku tidak mampu untuk mengucapkan syukur pada Allah setelah menerima panggilan daripada Surgent Sean Hopkin, seorang Pegawai Polis dari Lapangan Terbang Heathrow London, United Kingdom mengkhabarkan berita baik (bahkan terlalu baik) bahawa pertuduhan berat yang dikenakan ke atas aku telah digugurkan… air mata gembira tidak mampu ditahan-tahan lagi, mengalir menyuburkan lagi ingatan aku pada peristiwa hitam sebulan sebelum itu..
6 October 2010, Pesawat Qatar Airways yang berlepas dari Abu Dhabi mendarat selamat di Lapangan Terbang Heathrow, bersama-sama pesawat2 lain yang datang dari setiap penjuru alam ke lapangan terbang paling sibuk di dunia ini. Waktu itu, aku bersama seorang kawan baru pulang dari berkelana di negara Bangladesh, negara yang terkenal dengan kemiskinan dan kemelaratan rakyatnya. (I wont tell you guys why I was here, but some reader may know the reason I’m here, but still I’m gonna write about my Bangladesh stay in next post, iA). Penerbangan hampir 8 jam itu amat memenatkan, ditambah dengan penat menghadapi panasnya Lapanga Terbang Abu Dhabi, yang panasnya macam gurun Sahara. dan kepenatan ini belum boleh direhatkan kerana kami ada satu lagi penerbangan. Penerbangan 1 jam ke Dublin, Ireland. And here the story begin…
Sejam sebelum check in beg aku, aku berkira-kira sama ada hendak memasukkan satu termos air yang aku beli di Bangladesh ke dalam check-in luggage atau masukkan je dalam cabin bag. Nak dijadikan cerita, aku decide untuk letak saje termos berharga lebih kurang 10 ringgit tu dalam cabin bag. Malas nak arrange balik barang dlm beg besar tu, kata hati yang dah terkesan dengan kepenatan badan.
Selesai solat Maghrib dijamakkan dengan Isyak di chapel room airport, kami check in luggage dikaunter. Seorang kakak berwajah manis men’check-in’ beg aku. Ok, setel satu part. Next stage is melepasi security screening sebelum ke balai pelepasan. Hati dah meronta-ronta nak enjoy cold weather in Dublin selepas 3 bulan lebih bermandi cahaya mentari terik di bumi Bangladesh. Maklumlah, dh hampir setahun stay kat Dublin, pahtu cuti summer tahun tu tak balik Malaysia, jadi tahun 2010 tu kiranya Dublin jadi ‘home sweet home’, but not as sweet as Malaysia (that’s why 1 in 7 Malaysian got diabetes, haha).
Okay back to the story… Beraturlah aku bersama-sama bakal2 penumpang Pesawat AerLingus untuk ke bumi Shamrock. Ramai sungguh orang masa tu. Masa transit kat sini pulak pendek je, ngam2 untuk flight transfer saje. Sampai lah giliran beg dan tuan beg untuk di scan oleh pak guard dan mak guard airport. Aku dah lepas, tapi beg pulak berbunyi-bunyi.. Ha..sudah. Apasal plak ni. Ya Allah, janganlah ade apa2.. mudahkan la urusan hambaMu yang dhaif ni. Berilah aku chance nk gi lecture esok (hari tu hari Ahad, kelas dah start 2 minggu dh masa tu, hihi) Doa hati yang dah mula resah sedikit. Pak guard scan lagi sekali, masih lagi berbunyi. Lepas 3-4 kali scan, tapi masih lagi ade something wrong with my bag. Sorang officer kat situ bagitau, ”We can’t let you go, there’s something suspicious at the bottom of your flask”(merujuk kepada termos yang aku beli tu).
Few minutes later, seorang mak cik berbadan gempal, memakai tag name yg menunjukkan dia pegawai airport datang dengan senyuman sambil berkata: Could you please give me your passport and ID card? This won’t be long, you have to wait here for a second!. Tanpa banyak soal, aku bagi dia Passport, IC Malaysia dan ID aku kat Ireland tu. Ceh, a second abah dia, dekat setengah jam aku menunggu, flight dah nk berlepas dah, dia tak muncul2 jgk. So aku suruh la member sorang tu pegi dulu, dan tunggu aku atas flight. Let me face all this by myself! (Sound heroic, :P ) Tunggu punya tunggu…
Tu dia… mak cik gempal tu datang, tapi kali ni bukan sorang2, dia mai dengan hampir 10 orang pegawai polis lengkap bersenjata api, dengan 3 ekor anjing pengesan. Ya Allah.. Ya Allah.. Apa semua ni? Apa dah berlaku ni? Hati semakin berdebar-debar. Masa tu tak ade kawan, tak ade ma abah yang nak tenangkan, hanya zikrullah yang menjadi teman hati dan jiwa ini pada masa itu, kerana hati ini tahu hanya Allah yang boleh lepaskan aku daripada keadaan ni. Seorang pegawai polis menghampiri aku dan memperkenalkan diri: ”I’m Officer Hopkin, Sean Hopkin. We have to cut open you flask to see what is at the bottom of your flask. Be patient ok!” Aku hanya mampu mengangguk, menyimpan pergerakan lidah untuk zikir dan doa pada Allah. Ya Allah… please end all this quickly. I don’t wanna stay here tonight. Please…
Seorang lagi pegawai polis memotong termos tu dengan gergaji besi. Aku memandang sayu dia memotong termos sepuluh ringgit yang aku tak pernah guna lagi tu dengan sayu, sambil 3 ekor anjing pengesan tu hidu semua beg2 aku, termasuk badan aku. ”Setia” berdiri disisi aku ialah Surgent Hopkin, untuk memastikan aku tidak mengambil tindakan agresif seperti melarikan diri. Dia tak perlu pun buat macam tu, sebab aku yakin aku tak buat salah, dan aku yakin Allah ada bersama aku. The best friend that never let you down. Aku terus memerhati polis muda tu gergaji termos tu, gergaji dan terus gergaji sehinggalah…
Dasar termos to terputus, dan memuntahkan satu paket kecil mengandungi serbuk seperti daun2 kering yang telah dikisar halus. Polis muda itu mengangkat paket kecil tu, menunjukkan kepada pegawai2 lain. Aku terkedu! Terkedu dan terus terkedu. Ya Allah.. what kind of test are you giving me right now? but I know, u never test YOUR servant beyond his capacity. Help me, be with me to go trought this. Melihat bungkusan mengandungi serbuk tu, Surgent Hopkin yang ketika itu berada jauh sedikit dari aku, terus meluru ke arah aku dan berkata: ”We have to arrest you!!! Follow us to the Police Station and we need your further explaination about all this! Sambil mengeluarkan gari dari poket belakangnya, dan terus gari kedua-dua tangan aku dibelakang!
Allahuakbar! Ya Allah don’t leave me alone, I really2 need you, before, now and forever. Ya Allah, bagilah ketenangan, kesabaran pada aku dan ahli keluarga (jika mereka dapat tahu) untuk menghadapi semua ini.
Lalu aku dan beg2 aku, dengan tangan bergari, diiringi pegaiwai2 polis ke arah sebuah van bertulis ”Heathrow Police Station”. Seisi airport menumpukan perhatian mereka ke arah aku, seorang ”penjenayah”. Pada pandangan mereka pastinya aku adalah ‘international criminal’ takpun ‘terrorist’. Hanya Allah yang tahu rasa hati ini masa tu. Hanya Allah!!! Semasa keluar dipintu airport, terserempak dengan kakak yg check-in beg aku awal2 tadi, and she look at me with a shock face, very shock. Nak aje aku jerit kat dia, Don’t be wrong, I’m not guilty, I’ve done NOTHING!!!! Tapi suara tu tersekat kat kerongkong je. Sampai di van, Officer Hopkin arahkan aku duduk di bahagian belakang. Guess what? At the back of the van is designed like a lock up. Oh God! Aku rasa macam duduk dalam penjara!
Duduklah aku sorang2 kat belakang tu, dan van polis tu pun mula bergerak.. bergerak ke arah yang aku tak pasti, sebab aku langsung tak boleh tengok keluar. Dan aku tak tau apa nasib aku di Balai Polis Heathrow  nanti…

(Part 2)

…..Van Heathrow Airport Police yang aku naiki tu meluncur laju dan lancar. Sesekali terasa van diperlahankan kemudian terhenjut, mungkin ada bonggol jalan yang merentangi jalan. Aku agak2, perjalanan ke Heathrow Police Station tu mengambil masa dalam 10-15 minit. Agak jauh juga dari airport. Jalan mana yang mereka lalu, tempat mana mereka berhenti aku tak dapat pastikan kerana aku langsung tak dapat akses untuk pandang keluar van.Bersendirian di ”lokap bergerak” itu, aku hanya mampu memperbanyakkan zikir dan doa kepada Allah. Berdoa agar nusrahNya hadir, membawa aku keluar dari masalah besar ini. Sementara hati berzikir, otak aku pula tiba-tiba dihinggap kenangan lalu sewaktu aku disekolah rendah. Aku teringat satu hari, aku ade bermain-main dengan gari polis yang Abah aku bawa balik dari kerja (Abah aku seorang polis). Aku main gari2 tangan dan bila Ma aku nampak dia cakap: ”Main la lagi gari tu, nanti satu hari nanti kena gari betul2 baru tau”. Ya Allah… Dan hari tu, aku betul2 kena gari, bukan dengan polis Malaysia, tapi dengan Polis Great Britain!!!
Lamunan aku berderai apabila badan aku teranjak ke depan kerana kesan brek van. Sejurus selepas aku dengar enjin dimatikan, pintu ‘penjara kecil’ tu terkuak, Officer Hopkin berdiri betul2 didepan aku. Dari belakang dia, muncul seorang pegawai lain yang aku tak pasti apakah namanya. Dia menghampiri aku dan mengarahkan aku turun dari van itu. Dengan tangan bergari dibelakang, agak sukar untuk aku turun dengan cepat2. Melihat aku macam terhegeh-hegeh nak turun, dia grasp kolar jubah putih aku, dan tarik ke depan, menyebabkan aku hampir2 tersembam ke tanah. Melihat dia buat aku macam tu, Officer Hopkin cepat2 sound dia dari belakang:
”Hey, please respect him, he is a student of Royal College of Surgeons in Ireland!”
Mendengar kata-kata Encik Hopkin tu, dia cepat2 minta maaf: ”Owh, I’m sorry, I’m so sorry”. aku hanya senyum je pada dia. Masa tu terasa jugak privilage sebagai pelajar RCSI (hehehe. That day I know how much respect they have for RSCI and RCSIans. So RCSIans, proud to be one, but never get yourself being caught in Heathrow Airport to prove this!) After that, they really treat me nicely. Hilang rasa takut walaupun berada dibalai polis di negara asing dengan tangan bergari.. Aku berjalan memasuki balai, diiringi angin sejuk England yang masih tidak mampu melegakan keresahan hatiku pada malam itu.
Sampai dibalai, tangan aku dibebaskan dari gari yang membelenggu hampir 3 jam. Sakit jugak rupanya tangan kalau kena gari ni. huhuhu. Tak lama lepas tu, sorang pegawai lain masuk, sambil membawa back pack aku yang aku telah chek-in masa nk naik flight tadi. Oh my… rupa2nya diorang geledah balik beg2 yang dah dimasukkan ke dalam perut pesawat semata-mata nak cari beg aku. Melihat beg aku tu, aku bertambah gelabah. Dalam tu ade beberapa kitchen utensil yang aku beli kat Bangladesh and among them is KNIFE/PISAU!!! ape aku nak jawab nanti? Dalam tu jugak aku simpan beg kecik yang ade duit syiling dan duit kertas berlainan currency. Ade RM, EURO, POUND, RUPEE dan Bangladesh TAKA. Ni kalau diorang nak suspek aku ”International Drug Dealer” ni memang kena sangat la ni. Ya Allah.. tolongla.. tolongla jangan bagi diorang tanya dan pikir benda yang bukan2. Penat badan travel masih tak hilang, ni nak kena penatkan otak ngn lidah nak jawab soal siasat polis2 ni plak!
Dan tekaan aku betul, seluruh isi back pack aku dikeluarkan! Setiap satu benda diklsifikasikan mengikut jenis dan dimasukkan dalam beg plastic bertulis ”Case Evidence”. Termasuk la duit2 negara2 asing yang ada dalam simpanan aku. Dibalai, baru aku tau yang mereka suspek serbuk  dalam paket plastic kecil tu adalah DADAH!!!
One by one barang2 aku dikeluarkan, dan antara barang2 itu adalah Quran Tafsir, Tasbih, kayu sugi, kompas kiblat and few other religious related things! Terpaksalah aku menerangkan kegunaan2 dan sebab2 aku bawak2 benda2 tu. Dan… ade seorang pegawai polis, apabila dia ternampak Quran yang aku bawak tu ada di atas meja bersama barang2 lain, dia ambik dan letak kat tempat tinggi. Tak tau la sama ada dia Islam atau bukan sebab aku tengok dia terbalikkan dia punya nametag. Tp masa dibalai tu, dia bersungguh-sungguh cakap kat aku, Dont worry, I’ll try to help you. I’m very sure that this is not drug. Just keep calm, and I’ll try to help you. Kata2 dia tu membuatkan aku sedikit lega. Dan aku nampak dia memang bersungguh, hampir 3 kali dia ke makmal buat test kat serbuk tu, dan bila keluar dari makmal dia bagitau kat anggota2 polis lain bahawa serbuk tu bukan dadah. It’s not drug, we’ve got the wrong and innocent man. I’m sure this is not drug. It’s probably sand or just dried leaf. Begitulah lebih kurang dia bgtau kawan2 dia. Aku hanya berdiam diri, dan cuba bertenang, setenang-tenangnya dan menjawab segala soal siasat dengan sejujur-jujurnya.
Officer yang ambik keterangan sempat menawarkan pada aku: Do you want me to contact your family in Malaysia? We can call the Malaysia ambassy for you to inform about this. Do you want any lawyer to come here?
Dan untuk semua tawaran itu, aku jawab ABSOLUTELY NO!! Aku tak mau kedutaan Malaysia tau, aku tak mau family aku risau dan aku takde duit nak bayar lawyer. Entah dari mana kekuatan yang aku dapat, aku dengan penuh yakin cakap, ”For now, let me handle this myself, don’t call or tell anybody and I dont want any lawyer” Aku dah terbayang, kalau pihak ambassy tau, esoknya mesti paper2 kt Malaysia heboh: Seorang Pelajar Perubatan diTangkap di UK kerana Mengedar Dadah! dan aku juga terbayang ditendang dari universiti dan digugurkan biasiswa.Tp entah kenapa, malam tu, hati aku redha-seredha-redhanya. Apa jua ketetapan Allah untuk aku malam tu, aku terima. Walaupun aku akan terpenjara selama-lamanya di bumi Great Britain ni. Cepat sungguh ujian Allah tiba selesai sahaja aku tangguh dari khuruj 4 bulan di Bangladesh. Tetapi jika ditanya pada aku bilakah waktu paling menenangkan dalam hidup, aku boleh bagitau, waktu itulah hatiku paling tenang walaupun ujian tu bukan calang2. Rasanya kalau bukan kerana baru balik dari keluar jalan Allah, atau baru balik dr melancong ke tempat2 lagha, boleh pengsan atau terkencing ketakutan kat airport tu. Tetapi kesa tarbiyah selama 4 bulan tu cukup hebat. Hati menjadi begitu tawakkal kepada Allah, Allah angkat segala kerisauan dan keresahan hati.

Selepas test demi test, dan hasilnya negative, mereka memanggil pegawai atasan, yang datang ke balai dengan suit dan bertali leher, ala-ala geng2 FBI gitu. Alhamdulillah… mereka mengesahkan yang serbuk tu bukan dadah. TETAPI…
Aku akan dibebaskan dengan jaminan polis, dan mesti datang semula ke Heathrow Police Station Setiap bulan untuk lapor diri di sini! Ya Allah… Mereka kata, mereka masih tak puas hati, dan mau serbuk tu dihantar ke lab yang lebih canggih untuk di confirm kan betul2 yang itu bukan dadah. Seandainya aku gagal berbuat demikian, mereka akan keluarkan waran tangkap dan akan tangkap semula aku untuk dibicarakan di mahkamah di U.K. allahuakbar… Ya Allah, hanya padaMU aku berserah. masa tu, yang aku perlukan adalah ketenangan jiwa. Aku hanya mengangguk, dan tandantangan surat jaminan polis tu. Tetapi.. sebelum aku dibebaskan, aku mesti beri keterangan penuh.
Lalu aku dibawa ke bilik untuk merekod keterangan, selepas gambar aku diambil (sebijik rasa macam dalam filem2 western bila penjenayah kena tangkap. ambik gambar depan, sisi kanan dan sisi kiri. FUH!!!) Lepas tu cop- cop semua jari termasuk tapak tangan dan lateral(sisi luar) tangan pun diambil dan direkod dalam komputer. Tak tau nak cakap apa. Tapi satu je aku suspicious dengan penangkapan aku, dan sampai hari ni aku rasa penangkapan aku pada malam tu bukan sebab serbuk yang disyaki dadah tu, tapi sebab aku seorang Islam. Sebab nama aku nama Islam dan penampilan aku pada malam tu berunsurkan Islam kerana waktu ak ditangkap tu, aku berjubah putih dan berkopiah. Korang nak tau apa perkara pertama dan paling ditekankan sebelum dia ambik keterangan aku? Aku takkan lupa Surgent Sean Hopkin tu kata:
”I’m going to record your report, and I want to help you. In your report, please don’t mention anything about religious (Islam) in your report. I know you go to Bangladesh for some religious things, but if you want to be safe, just dont mention it in your report. Say something else that are not related to your religion
Bila aku dengar je dia cakap gitu, then straight away aku dah suspek something else pasal penangkapan aku malam tu. Anyway, I just follow what he told me to say. And Thank You Allah for helping me, giving me strength to go through all this up to this stage! Selesai beri keterangan, abang polis yang angkat Quran letak tempat tinggi tu hantar aku kembali ke Heathrow Airport. On the way, ade few other police officer in the van, and believe me, they are very nice people. They said to me: This must be the greatest experience of your life! you will never forget this experience!
Aku senyum dan ketawa dengan diorang, tp dalam hati ade jgk terdetik: Banyak la korang, dah la aku terlepas flight, tiket dah burn, esok plak ade kelas, macamane aku nak balik Dublin ni!!! Nampaknya kena keluar duit lagi ni. Tiket2 last minit ni mau sampai 100 euro! Hadui… Sampai di Heathrow Airport, Sean Hopkin dan abang polis baik tu iring aku ke dalam airport. abang polis baik tu bagitau: You have to stay here tonight, about the flight to Dublin, you dont have to worry. Tomorrow early in the morning, we will come back, and we will give you new ticket to Dublin. What happen tonight is our mistake, and we will take care of this.
Lega tahap maksimum aku bila dengar dia cakap macam tu. Semoga dia menepati janji dia tu. Jadi malam tu aku pun tidor la di celah2 kerusi airport (xleh tidor pun sebenarnya, mengenangkan apa yang dah berlaku tu). Esoknya menjelang subuh, polis dua orang tu datang balik, bawak aku ke kaunter tiket dan dengan selambernya cakap kat awek mat salleh kat kaunter tu: Give this gentleman free ticket to Dublin. Give him the earliest one. Sape berani ingkar arahan polis? So awek mat salleh tu pun print la satu ticket free untuk aku. Yahooooo!!! Thank You Allah for Your great favour. Alhamdulillah… Dan pagi itu, aku selamat sampai di Dublin Aeroport, dan aku tau aku kena explain semua cite ni kat brader2 yang dari malam semalam menunggu ketibaan aku untuk jemput aku dari airport. Akhirnya… udara sejuk Dublin masih ditakdirkan oleh Allah untuk jadi pembekal oksigen kepada paru-paru aku. Thank You Allah!!!
Sampai hari ni, aku yakin ade udang disebalik mee tentang penangkapan aku pada malam tu. Dan kalau betul la mereka suspicious something about me becoz I’m a Muslim, then, right here I want they know that:
”MY NAME IS MOHAMAD AMIRUL HAILMI, AND I’M NOT TERRORIST”
P/S: di surat Pembebasan dengan Jaminan Polis yang diorang bagi, tertulis pertuduhan: Accused for possesing Class A Drug. bila sampai rumah, aku research pasal Class A Drug, dan Class A drug adalah kelas dadah2 berbahaya seperti Coccaine! Boleh membawa hukuman gantung jika memiliki lebih daripada 18-20g (kalau tak silap). Dan… berat serbuk dalam paket plastik pada malam tu adalah 20g!!! Terima Kasih Allah, terima kasih kerana masih memelihara aku dari semua bala bencana didunia ini. Terima kasih kerana melepaskan aku dari cengkaman fitnah yang hampir2 memusnahkan hidup dan masa depan aku! Sesungguhnya Engkaulah Tuhanku, dan aku hanyalah hambaMU yang hidup dibawah pentadbiranMU…

Aku Benci Islam dan Orang-orang Islam

Serangan Israel ke atas Gaza/Palestin baru-baru ni dan masih berlanjutan sampai saat aku menulis artikel ni betul2 mengingatkan aku pada seorang saudara baru yang aku temui sewaktu keluar 3 hari di satu kawasan terpencil semasa belajar di Ireland. Begini kisahnya…
Kereta merah yang dipandu perlahan oleh Dr. Adnan, seorang Pakar Sakit Jiwa yang merangkap Amer Sahb (ketua jemaah) kami diberhentikan dihadapan sebuah Tesco express yang terletak bertentangan dengan sebuah gereja lama. Sebaik berhenti, dia meminta aku menemani Bro Ali membeli beberapa barang keperluan untuk sarapan pagi keesokan harinya.
Sewaktu berjalan  mengiringi Bro Ali membeli susu, biskut, roti dan beberapa keperluan lain, aku terpandang sesuatu yang aneh pada pergelangan tangan Bro Ali. Sewaktu dia membelek-belek barang2 sebelum diletak dalam raga shopping, aku mengambil peluang untuk memerhati pergelangan tangan dia dengan lebih fokus. Ternyata, sesuatu yang aneh pada pergelangan tangan dia itu adalah tatu lambang salib. Ya, tatu yang hanya dibuat oleh penganut2 Kristian. Pelbagai soalan menerjah otak aku, tapi aku diamkan sahaja. Segan untuk bertanya, takut2 menyinggung hati dia.
Selesai shopping, kami teruskan perjalanan yang masih berbaki lebih kurang 100km ke tempat tasykil(masjid yang diputuskan untuk kami buat usaha). Dalam kereta merah tu hanya kami berempat, termasuk anak Dr. Adnan.Sepanjang perjalanan, otak aku tak berhenti berfikir, tertanya-tanya tentang apa yang aku lihat semasa di Tesco tadi. Mudah-mudahan persoalan minda aku terjawab dimasjid nanti, kata hati. Sampai dimasjid, kami terus niat iktikaf dan tidur sebab masa sampai tu sudah agak lewat malam. Cuaca yang sejuk menambah lagi perisa kesedapan nikmat Allah bernama tidur.
Keesokan harinya, selesai solat subuh berjemaah dan bayan(tazkirah) subuh, kami terus bersarapan. Seperti biasa, our feveret breakfast ialah cai (teh susu), dan roti bakar yang dicicah cream bercampur madu. Proses pembikinan cai sangat cepat dan simpel. Secawan susu segar dari lembu2 Ireland dipanaskan dengan microwave, kemudian masukkan satu uncang teh dan gula secukup rasa, dan kacau. Sungguh sedap dinikmati dalam kesejukan pagi dibumi Shamrock ini. Sambil makan2, kami berbual-bual tentang latar belakang masing2. Bro Ali banyak bertanya pada aku tentang Malaysia dan sebagainya. Mulut aku pulak memang dah gatal sangat nk tanya pasal tatu salib ditangan dia tu, tapi suara tak keluar2… Sehinggalah…
Entah macammana, topik perbincangan kami termasuk sehingga bab bahasa. Waktu tu, bro Ali bagitahu kami yang dia boleh bercakap dalam 5 bahasa. Wah… aku memang kagum sebab aku pun pandai cakap 2 bahasa je, BM dan BI tu pun broken je.. Antara lima bahasa tu, salah satunya dia fasih berbahasa Hebrew (bahasa Bangsa Yahudi). Mendengar ni, lagi la aku kagum. Aku terus tanya, ”How you know Hebrew? You are not Jew right?” Dari situ Bro Ali membuka ceritanya…
Kata Bro Ali, dia pernah tinggal dan membesar di Israel. Waktu itu, bapanya bekerja dengan kedutaan India di Israel. Lebih menarik, dia pernah berkhidmat dalam tentera Israel untuk beberapa tahun. Bro Ali bercerita: Sewaktu remaja, aku seorang anak yang nakal. Jadi untuk mendisiplinkan aku, ayah aku menghantar aku menjalani latihan tentera bersama-sama remaja Israel. Sewaktu dalam training, aku pernah bertugas mengawal the Dome of Rock. Bangunan yang berdekatan dengan Masjidil Aqsa tu.
Aku terus bertanya: Macam mana kau boleh join tentera Israel sedangkan kau orang Islam?
Jawab Bro Ali: Waktu tu aku bukan Islam. Dan ketika itu, aku sangat-sangat membenci Islam dan orang-orang Islam. Betapa bencinya aku pada islam pada ketika itu, mendengar laungan azan pun aku tidak sanggup. Telinga aku memang tak boleh terima bunyi azan. Bahkan, setiap kali azan berkumandang di sekitar Baitulmaqdis, aku dan rakan2 lain akan menyumbat earphone kaset player dan dengar lagu2, itu lebih baik bagi kami daripada mendengar azan!
Lailahaillallah… cerita Bro Ali semakin menarik. Rupa2nya dia revert kepada Islam daripada seorang Kristian. Kini terjawab persoalan tatu salib di tangannya. Aku semakin hendak tahu. Jadi bagaimana bro Ali boleh memeluk Islam? Jawapan yang diberikan sangat menyentuh hati aku.
”You know, I fall in love with Islam because of the sunnah of eating in jama’ah. Here in Ireland, after I moved from Israel to here, I live with two muslims. (drpd nama yang dia sebut, aku kenal kedua-dua orang itu, sebab selalu keluar dakwah dengan mereka, seorang adalah karkun lama, dan seorang lagi hafiz alquran). And during my stay with them, I always insult them, said a lot of bad thing about Islam and Muslim. Both of them had slapped me few times due to my bad words about Islam and Muslim. This makes me think, why they are so protective about their religion? Until one day, my housemate (yg karkun lame tu) invited me to have some food with him in one plate. I ate the food with him in the same plate, and he  feed me with his own hand once! I felt really really touched! There and then I started to think, why they are so kind to me, after all of my insultation and bad words to Islam and muslim. Even I never eat in one plate with my parents. His action and akhlaq has made me fall in love with Islam!!! Then I reverted to Islam, changed my name to Ali.”
Allahuakbar! Sungguh hebat kesan dan nilai hidayahMU ya Allah. Seorang yang begitu membenci Islam dan orang2 Islam, jatuh cinta dengan Islam akhirnya kerana akhlaq seorang Islam, dan kemurnian sunnah Rasulullah s.a.w. Semoga Allah memelihara hidayah yang ada dalam dirimu saudaraku. Aku sungguh2 bersyukur pada Allah kerana mempertemukan aku dengan orang seperti dia. Menjadikan aku bertambah keyakinan pada Islam, bertambah keyakinanku pada kehebatan dan keindahan sunnah Rasulullah s.a.w. Pastinya, tidak ada keraguan bahawa akhlaq yang mulia, dan amal2 sunnah sepertimana yang ditunjukkan Rasulullah telah menjadi nur dan daya tarikan kepada musuh2/pembenci2 Islam untuk jatuh cinta pada Islam, sebagaimana yang telah berlaku pada zaman sahabat2 baginda nabi s.a.w.
Kita doakan semoga Allah pelihara iman dalam diri dia, kerana diakhir ceritanya, Bro Ali bagitau, selepas dia memeluk Islam, ibu bapanya telah membuang dia dari keluarga, segala perbelanjaan hidupnya dihentikan. Ujian2 ini hampir2 mengembalikan dia kepada agama asal. Tp katanya, mujurlah Allah kurniakan dia seorang isteri yang begitu sabar dan kuat memberi sokongan pada dia, di samping bekas housemates dia yang terus memberi sokongan dan batuan, dari segi rohani dan kewangan. Semoga Allah kekalkan aku, dia, dan seluruh ummat yang telah mengucap kalimah Laailahaillallah Muhammadurrasulullah dalam keadaan beriman dan bertaqwa sehinggalah kita pergi dari dunia yang penuh tipu daya ini.