Jatuh bangun, gagal berjaya, suka duka, tangis dan tawa adalah asam garam kehidupan. Siapa kita untuk menafikan? Kerana kita hamba, ujian dan dugaan adalah lumrah kehidupan. Kita diciptakan bukan untuk mengumpul kekayaan, tetapi Tuhan mahu melihat, siapa antara kita yang lebih baik dalam amalan.
Followers
Saturday, November 23, 2013
First Year in RCSI- A Funny Memory
Cepat sungguh masa berlalu, terasa baru semalam aku menjejakkan kaki di Royal College of Surgeons in Ireland. Tapi hari ni, dah berada di tahun empat, ditanah air terchenta Malaysia menyambung saki baki perjuangan yang belum selesai, and I have another 2 years to be completed before I hold a huge responsibility as a doctor. Cepatnya masa berlalu boleh la diibaratkan seperti memakan sepaket tempeyek goreng yang sedap dengan segelas milo panas sambil menonton House the series!(tak terasa semuanya habis dlm sekelip mata) hehehe.
Okay , sebelum lebih banyak benda mengarut aku tulis kat sini, lebih baik kita kembali ke tajuk asal. The funny memory is actually not funny at that time (i.e masa first year tu lah). Tp mentang2 dah berjaya melalui semua tu, rasa mcam funny la pulak. Benda2 funny ni banyak berlaku dalam anatomy room. Di RCSI kitorang belajar anatomy 2 kali seminggu, untuk 1 tahun setengah. Mula2 masuk bilik anatomy yang busuk dengan bau formalin memang xleh tahan. Pahtu tengok pulak mayat berderet-deret disusun dalam bilik tu. Kalau suruh aku masuk sorang2 time malam2, aku akan masuk kalau orang yang suruh tu bayar aku sejuta Euro. (at least bleh la aku wat bayar balik duit pihak berkenaan kalau ada apa2 berlaku, hehe)
Okay, masih tidak masuk ke tajuk asal. Teruk sungguh! Benda2 yg berlaku ni sebenarnya menakutkan dan menyakitkan hati pada masa tu, tp bila dikenang2 balik sekarang, rasa lucu gila. setakat ni ade beberapa kisah yang aku ingat:
1-Satu hari, grup aku kena anatomy dissection dengan sorang legend RCSI. Budak2 ni memang takut kalau kena ngan dia, apatah lagi orang macam aku, yang pegi kelas tanpa baca buku, main redah je. So time tutorial, biasanya ada 12-13 orang dlm satu grup, dan dia akan tanya soalan ikut turutan dari student ke student. Untuk mengelak dari kena tanya pahtu kena marah sbb takleh jawab, aku akan berdiri belah kiri bila dia tanya budak2 kat belah kanan, pahtu bila dekat2 nak sampai ke belah kiri, aku senyap2 pegi belah kanan. Tp… Ceh, rupa2nya dia perasan aku buat mcm tu dan terus dia panggil aku: You!! The one who love to play around, come here!!!. ambik kau, terus aku kena duk sebelah dia dan kaw2 aku kena bantai. huhuhu…
2- Dengan Prof yang sama mcm kat atas jugak. Masa tu belaja pasal ape ntah, anatomy of abdomen kut… Macam biasa, lepas disect mayat, kena la tanya soalan. Sebab dah serik dah play around, aku awal2 duk sebelah dia masa tu. Jadi aku la yang first kena tanya. Dia tanya soklan ape ntah aku lupa, dan pastinya jawapan aku salah. Bila aku jawab salah, dia xcakap dulu jwapan aku salah, tp dia tanya plak kat member aku. Lepas member aku jawab, dia dengan muka yg menyakitkan hati pandang aku, pahtu point his forefinger to me sambil berkata: You are bad, but he is worse!! (sambil tunjuk kat member sebelah aku tadi). Kecewa gila mase tu, terasa diri amat terhina kau lakukan.. an an an..(bak kate satu lagu bertajuk Gerimis Mengundang nyanyian Slam).
3-Jugak dengan the same legendary of RCSI. Prof ni yang bagusnya dia begitu komited mengajar. Satu hari, bila dia tengok kitorang terkial2 nak siat kulit perut mayat yang boleh diklasifikasikan sebagai obesiti, dia sarung glove, mintak scalpel dan dia buat sendiri. Pahtu still xboleh sebab lemak tebal sangat. Dia pun pakai teknik ‘Blunt Dissection’ (teknik korek2/radak2 pakai jari sendiri ke bawah kulit mayat tu). Fuh, aku tengok dia buat macam tengah siat kulit ayam panggang Nando’s je, termuncung-muncung mulut dia. Kitorang yg takjub (maklumlah masa tu budak2 lagi, senang2 je kena perbodohkan) melihat kesungguhan dia pun tenganga-nganga tengok dia buat. Tengah dia duk korek2 kulit mayat tu, cebisan lemak dari kulit mayat tu terpelanting, dan pop, melekat kat bibir groupmate aku, sorang girl dari Canada. Perghhh!!! Tak tahu nk cakap ape. Aku pun tanya la dia (budak pompuan tu): How it taste? Marah gila dia kat aku! huhu.
4-Yang ni doctor lain yang mengajar. Yang lucunya dengan dia adalah, aku rasa dia ni psycho sket. Dia mengajar dahla cakap perlahan gila, lepas tu suka cakap lari tajuk dengan tiba2. Ade satu hari tu, tengah belaja pasal brainstem ke ape, lupa dah. Dia ade pakai spek kecik letak atas hidung dia (okay, sume spek pakai letak atas hidung), tengah2 duk cerita pasal subjek pembelajaran hari tu, tiba2 spek dia menggelongsor jatuh dari batang hidung sampai ke hujung hidung. Dan dan (loghat kedah bermaksud ‘tidak semena-mena’) dia bleh cerita pasal spek dia plak. Cakap spek dia ni mahal la, dah banyak kali dah dia buat spek.. blaa… blaa.. duk cite pasal spek. Aku ngn grupmate angkat buku log anatomy, tutup mulut, pahtu gelak senyap2 belakang buku tu. Aduh la… macam2 pesen (fesyen) orang dlm dunia ni.
Tu lah antara benda2 yang melucukan yg terakam dalam ingatan kekal aku masa jadi First Year Medical Student Of RCSI. Korang yang bace nih, kalau ade pengalaman2 lucu mase belaja, boleh la share kat ruangan komen kat bawah tu. Kate orang, laughter is the best medicine. (Tapi aku tak pernah dengar doktor prescribe ‘Laughter, 20mg daily’ ke pesakit2 yg datang jumpa doc kt spital mahupun klinik. hehehe. See you guys later…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment