Serangan Israel ke atas Gaza/Palestin baru-baru ni dan masih
berlanjutan sampai saat aku menulis artikel ni betul2 mengingatkan aku
pada seorang saudara baru yang aku temui sewaktu keluar 3 hari di satu
kawasan terpencil semasa belajar di Ireland. Begini kisahnya…
Kereta merah yang dipandu perlahan oleh Dr. Adnan, seorang Pakar
Sakit Jiwa yang merangkap Amer Sahb (ketua jemaah) kami diberhentikan
dihadapan sebuah Tesco express yang terletak bertentangan dengan sebuah
gereja lama. Sebaik berhenti, dia meminta aku menemani Bro Ali membeli
beberapa barang keperluan untuk sarapan pagi keesokan harinya.Sewaktu berjalan mengiringi Bro Ali membeli susu, biskut, roti dan beberapa keperluan lain, aku terpandang sesuatu yang aneh pada pergelangan tangan Bro Ali. Sewaktu dia membelek-belek barang2 sebelum diletak dalam raga shopping, aku mengambil peluang untuk memerhati pergelangan tangan dia dengan lebih fokus. Ternyata, sesuatu yang aneh pada pergelangan tangan dia itu adalah tatu lambang salib. Ya, tatu yang hanya dibuat oleh penganut2 Kristian. Pelbagai soalan menerjah otak aku, tapi aku diamkan sahaja. Segan untuk bertanya, takut2 menyinggung hati dia.
Selesai shopping, kami teruskan perjalanan yang masih berbaki lebih kurang 100km ke tempat tasykil(masjid yang diputuskan untuk kami buat usaha). Dalam kereta merah tu hanya kami berempat, termasuk anak Dr. Adnan.Sepanjang perjalanan, otak aku tak berhenti berfikir, tertanya-tanya tentang apa yang aku lihat semasa di Tesco tadi. Mudah-mudahan persoalan minda aku terjawab dimasjid nanti, kata hati. Sampai dimasjid, kami terus niat iktikaf dan tidur sebab masa sampai tu sudah agak lewat malam. Cuaca yang sejuk menambah lagi perisa kesedapan nikmat Allah bernama tidur.
Keesokan harinya, selesai solat subuh berjemaah dan bayan(tazkirah) subuh, kami terus bersarapan. Seperti biasa, our feveret breakfast ialah cai (teh susu), dan roti bakar yang dicicah cream bercampur madu. Proses pembikinan cai sangat cepat dan simpel. Secawan susu segar dari lembu2 Ireland dipanaskan dengan microwave, kemudian masukkan satu uncang teh dan gula secukup rasa, dan kacau. Sungguh sedap dinikmati dalam kesejukan pagi dibumi Shamrock ini. Sambil makan2, kami berbual-bual tentang latar belakang masing2. Bro Ali banyak bertanya pada aku tentang Malaysia dan sebagainya. Mulut aku pulak memang dah gatal sangat nk tanya pasal tatu salib ditangan dia tu, tapi suara tak keluar2… Sehinggalah…
Entah macammana, topik perbincangan kami termasuk sehingga bab bahasa. Waktu tu, bro Ali bagitahu kami yang dia boleh bercakap dalam 5 bahasa. Wah… aku memang kagum sebab aku pun pandai cakap 2 bahasa je, BM dan BI tu pun broken je.. Antara lima bahasa tu, salah satunya dia fasih berbahasa Hebrew (bahasa Bangsa Yahudi). Mendengar ni, lagi la aku kagum. Aku terus tanya, ”How you know Hebrew? You are not Jew right?” Dari situ Bro Ali membuka ceritanya…
Kata Bro Ali, dia pernah tinggal dan membesar di Israel. Waktu itu, bapanya bekerja dengan kedutaan India di Israel. Lebih menarik, dia pernah berkhidmat dalam tentera Israel untuk beberapa tahun. Bro Ali bercerita: Sewaktu remaja, aku seorang anak yang nakal. Jadi untuk mendisiplinkan aku, ayah aku menghantar aku menjalani latihan tentera bersama-sama remaja Israel. Sewaktu dalam training, aku pernah bertugas mengawal the Dome of Rock. Bangunan yang berdekatan dengan Masjidil Aqsa tu.
Aku terus bertanya: Macam mana kau boleh join tentera Israel sedangkan kau orang Islam?
Jawab Bro Ali: Waktu tu aku bukan Islam. Dan ketika itu, aku sangat-sangat membenci Islam dan orang-orang Islam. Betapa bencinya aku pada islam pada ketika itu, mendengar laungan azan pun aku tidak sanggup. Telinga aku memang tak boleh terima bunyi azan. Bahkan, setiap kali azan berkumandang di sekitar Baitulmaqdis, aku dan rakan2 lain akan menyumbat earphone kaset player dan dengar lagu2, itu lebih baik bagi kami daripada mendengar azan!
Lailahaillallah… cerita Bro Ali semakin menarik. Rupa2nya dia revert kepada Islam daripada seorang Kristian. Kini terjawab persoalan tatu salib di tangannya. Aku semakin hendak tahu. Jadi bagaimana bro Ali boleh memeluk Islam? Jawapan yang diberikan sangat menyentuh hati aku.
”You know, I fall in love with Islam because of the sunnah of eating in jama’ah. Here in Ireland, after I moved from Israel to here, I live with two muslims. (drpd nama yang dia sebut, aku kenal kedua-dua orang itu, sebab selalu keluar dakwah dengan mereka, seorang adalah karkun lama, dan seorang lagi hafiz alquran). And during my stay with them, I always insult them, said a lot of bad thing about Islam and Muslim. Both of them had slapped me few times due to my bad words about Islam and Muslim. This makes me think, why they are so protective about their religion? Until one day, my housemate (yg karkun lame tu) invited me to have some food with him in one plate. I ate the food with him in the same plate, and he feed me with his own hand once! I felt really really touched! There and then I started to think, why they are so kind to me, after all of my insultation and bad words to Islam and muslim. Even I never eat in one plate with my parents. His action and akhlaq has made me fall in love with Islam!!! Then I reverted to Islam, changed my name to Ali.”
Allahuakbar! Sungguh hebat kesan dan nilai hidayahMU ya Allah. Seorang yang begitu membenci Islam dan orang2 Islam, jatuh cinta dengan Islam akhirnya kerana akhlaq seorang Islam, dan kemurnian sunnah Rasulullah s.a.w. Semoga Allah memelihara hidayah yang ada dalam dirimu saudaraku. Aku sungguh2 bersyukur pada Allah kerana mempertemukan aku dengan orang seperti dia. Menjadikan aku bertambah keyakinan pada Islam, bertambah keyakinanku pada kehebatan dan keindahan sunnah Rasulullah s.a.w. Pastinya, tidak ada keraguan bahawa akhlaq yang mulia, dan amal2 sunnah sepertimana yang ditunjukkan Rasulullah telah menjadi nur dan daya tarikan kepada musuh2/pembenci2 Islam untuk jatuh cinta pada Islam, sebagaimana yang telah berlaku pada zaman sahabat2 baginda nabi s.a.w.
Kita doakan semoga Allah pelihara iman dalam diri dia, kerana diakhir ceritanya, Bro Ali bagitau, selepas dia memeluk Islam, ibu bapanya telah membuang dia dari keluarga, segala perbelanjaan hidupnya dihentikan. Ujian2 ini hampir2 mengembalikan dia kepada agama asal. Tp katanya, mujurlah Allah kurniakan dia seorang isteri yang begitu sabar dan kuat memberi sokongan pada dia, di samping bekas housemates dia yang terus memberi sokongan dan batuan, dari segi rohani dan kewangan. Semoga Allah kekalkan aku, dia, dan seluruh ummat yang telah mengucap kalimah Laailahaillallah Muhammadurrasulullah dalam keadaan beriman dan bertaqwa sehinggalah kita pergi dari dunia yang penuh tipu daya ini.
No comments:
Post a Comment