Menghampiri pertengahan bulan November ni mengingatkan aku pada satu
peristiwa, penglaman, tragedi yang takkan aku lupakan sampai aku
mengalami ‘brain death’, sewaktu bermusafir di bumi Eropah. Peristiwa
yang hampir2 membuatkan aku merengkok dipenjara atau mungkin dihukum
gantung sampai mati di bumi Eropah. Mungkin ada yang tidak percaya, tapi
hakikatnya kisah ini adalah realiti, dah sudah menjadi sebahagian
daripada memori2 jangka panjang dalam diari hidup aku yang hampir
mencecah suku abad ini.
Bulan November 2010, 2 tahun yang lalu, hati dan lidah aku tidak
mampu untuk mengucapkan syukur pada Allah setelah menerima panggilan
daripada Surgent Sean Hopkin, seorang Pegawai Polis dari Lapangan
Terbang Heathrow London, United Kingdom mengkhabarkan berita baik
(bahkan terlalu baik) bahawa pertuduhan berat yang dikenakan ke atas aku
telah digugurkan… air mata gembira tidak mampu ditahan-tahan lagi,
mengalir menyuburkan lagi ingatan aku pada peristiwa hitam sebulan
sebelum itu..
6 October 2010, Pesawat Qatar Airways yang berlepas dari Abu Dhabi
mendarat selamat di Lapangan Terbang Heathrow, bersama-sama pesawat2
lain yang datang dari setiap penjuru alam ke lapangan terbang paling
sibuk di dunia ini. Waktu itu, aku bersama seorang kawan baru pulang
dari berkelana di negara Bangladesh, negara yang terkenal dengan
kemiskinan dan kemelaratan rakyatnya. (I wont tell you guys why I was
here, but some reader may know the reason I’m here, but still I’m gonna
write about my Bangladesh stay in next post, iA). Penerbangan hampir 8
jam itu amat memenatkan, ditambah dengan penat menghadapi panasnya
Lapanga Terbang Abu Dhabi, yang panasnya macam gurun Sahara. dan
kepenatan ini belum boleh direhatkan kerana kami ada satu lagi
penerbangan. Penerbangan 1 jam ke Dublin, Ireland. And here the story
begin…
Sejam sebelum check in beg aku, aku berkira-kira sama ada hendak
memasukkan satu termos air yang aku beli di Bangladesh ke dalam check-in
luggage atau masukkan je dalam cabin bag. Nak dijadikan cerita, aku
decide untuk letak saje termos berharga lebih kurang 10 ringgit tu dalam
cabin bag. Malas nak arrange balik barang dlm beg besar tu, kata hati
yang dah terkesan dengan kepenatan badan.
Selesai solat Maghrib dijamakkan dengan Isyak di chapel room airport,
kami check in luggage dikaunter. Seorang kakak berwajah manis
men’check-in’ beg aku. Ok, setel satu part. Next stage is melepasi
security screening sebelum ke balai pelepasan. Hati dah meronta-ronta
nak enjoy cold weather in Dublin selepas 3 bulan lebih bermandi cahaya
mentari terik di bumi Bangladesh. Maklumlah, dh hampir setahun stay kat
Dublin, pahtu cuti summer tahun tu tak balik Malaysia, jadi tahun 2010
tu kiranya Dublin jadi ‘home sweet home’, but not as sweet as Malaysia
(that’s why 1 in 7 Malaysian got diabetes, haha).
Okay back to the story… Beraturlah aku bersama-sama bakal2 penumpang
Pesawat AerLingus untuk ke bumi Shamrock. Ramai sungguh orang masa tu.
Masa transit kat sini pulak pendek je, ngam2 untuk flight transfer saje.
Sampai lah giliran beg dan tuan beg untuk di scan oleh pak guard dan
mak guard airport. Aku dah lepas, tapi beg pulak berbunyi-bunyi..
Ha..sudah. Apasal plak ni. Ya Allah, janganlah ade apa2.. mudahkan la
urusan hambaMu yang dhaif ni. Berilah aku chance nk gi lecture esok
(hari tu hari Ahad, kelas dah start 2 minggu dh masa tu, hihi) Doa hati
yang dah mula resah sedikit. Pak guard scan lagi sekali, masih lagi
berbunyi. Lepas 3-4 kali scan, tapi masih lagi ade something wrong with
my bag. Sorang officer kat situ bagitau, ”We can’t let you go, there’s
something suspicious at the bottom of your flask”(merujuk kepada termos
yang aku beli tu).
Few minutes later, seorang mak cik berbadan gempal, memakai tag name
yg menunjukkan dia pegawai airport datang dengan senyuman sambil
berkata: Could you please give me your passport and ID card? This won’t
be long, you have to wait here for a second!. Tanpa banyak soal, aku
bagi dia Passport, IC Malaysia dan ID aku kat Ireland tu. Ceh, a second
abah dia, dekat setengah jam aku menunggu, flight dah nk berlepas dah,
dia tak muncul2 jgk. So aku suruh la member sorang tu pegi dulu, dan
tunggu aku atas flight. Let me face all this by myself! (Sound heroic,

) Tunggu punya tunggu…
Tu dia… mak cik gempal tu datang, tapi kali ni bukan sorang2, dia mai
dengan hampir 10 orang pegawai polis lengkap bersenjata api, dengan 3
ekor anjing pengesan. Ya Allah.. Ya Allah.. Apa semua ni? Apa dah
berlaku ni? Hati semakin berdebar-debar. Masa tu tak ade kawan, tak ade
ma abah yang nak tenangkan, hanya zikrullah yang menjadi teman hati dan
jiwa ini pada masa itu, kerana hati ini tahu hanya Allah yang boleh
lepaskan aku daripada keadaan ni. Seorang pegawai polis menghampiri aku
dan memperkenalkan diri: ”I’m Officer Hopkin, Sean Hopkin. We have to
cut open you flask to see what is at the bottom of your flask. Be
patient ok!” Aku hanya mampu mengangguk, menyimpan pergerakan lidah
untuk zikir dan doa pada Allah. Ya Allah… please end all this quickly. I
don’t wanna stay here tonight. Please…
Seorang lagi pegawai polis memotong termos tu dengan gergaji besi.
Aku memandang sayu dia memotong termos sepuluh ringgit yang aku tak
pernah guna lagi tu dengan sayu, sambil 3 ekor anjing pengesan tu hidu
semua beg2 aku, termasuk badan aku. ”Setia” berdiri disisi aku ialah
Surgent Hopkin, untuk memastikan aku tidak mengambil tindakan agresif
seperti melarikan diri. Dia tak perlu pun buat macam tu, sebab aku yakin
aku tak buat salah, dan aku yakin Allah ada bersama aku. The best
friend that never let you down. Aku terus memerhati polis muda tu
gergaji termos tu, gergaji dan terus gergaji sehinggalah…
Dasar termos to terputus, dan memuntahkan satu paket kecil
mengandungi serbuk seperti daun2 kering yang telah dikisar halus. Polis
muda itu mengangkat paket kecil tu, menunjukkan kepada pegawai2 lain.
Aku terkedu! Terkedu dan terus terkedu. Ya Allah.. what kind of test are
you giving me right now? but I know, u never test YOUR servant beyond
his capacity. Help me, be with me to go trought this. Melihat bungkusan
mengandungi serbuk tu, Surgent Hopkin yang ketika itu berada jauh
sedikit dari aku, terus meluru ke arah aku dan berkata: ”We have to
arrest you!!! Follow us to the Police Station and we need your further
explaination about all this! Sambil mengeluarkan gari dari poket
belakangnya, dan terus gari kedua-dua tangan aku dibelakang!
Allahuakbar! Ya Allah don’t leave me alone, I really2 need you,
before, now and forever. Ya Allah, bagilah ketenangan, kesabaran pada
aku dan ahli keluarga (jika mereka dapat tahu) untuk menghadapi semua
ini.
Lalu aku dan beg2 aku, dengan tangan bergari, diiringi pegaiwai2
polis ke arah sebuah van bertulis ”Heathrow Police Station”. Seisi
airport menumpukan perhatian mereka ke arah aku, seorang ”penjenayah”.
Pada pandangan mereka pastinya aku adalah ‘international criminal’
takpun ‘terrorist’. Hanya Allah yang tahu rasa hati ini masa tu. Hanya
Allah!!! Semasa keluar dipintu airport, terserempak dengan kakak yg
check-in beg aku awal2 tadi, and she look at me with a shock face, very
shock. Nak aje aku jerit kat dia, Don’t be wrong, I’m not guilty, I’ve
done NOTHING!!!! Tapi suara tu tersekat kat kerongkong je. Sampai di
van, Officer Hopkin arahkan aku duduk di bahagian belakang. Guess what?
At the back of the van is designed like a lock up. Oh God! Aku rasa
macam duduk dalam penjara!
Duduklah aku sorang2 kat belakang tu, dan van polis tu pun mula
bergerak.. bergerak ke arah yang aku tak pasti, sebab aku langsung tak
boleh tengok keluar. Dan aku tak tau apa nasib aku di Balai Polis
Heathrow nanti…
(Part 2)

…..Van Heathrow Airport Police yang aku naiki tu meluncur laju dan
lancar. Sesekali terasa van diperlahankan kemudian terhenjut, mungkin
ada bonggol jalan yang merentangi jalan. Aku agak2, perjalanan ke
Heathrow Police Station tu mengambil masa dalam 10-15 minit. Agak jauh
juga dari airport. Jalan mana yang mereka lalu, tempat mana mereka
berhenti aku tak dapat pastikan kerana aku langsung tak dapat akses
untuk pandang keluar van.Bersendirian di ”lokap bergerak” itu, aku hanya
mampu memperbanyakkan zikir dan doa kepada Allah. Berdoa agar nusrahNya
hadir, membawa aku keluar dari masalah besar ini. Sementara hati
berzikir, otak aku pula tiba-tiba dihinggap kenangan lalu sewaktu aku
disekolah rendah. Aku teringat satu hari, aku ade bermain-main dengan
gari polis yang Abah aku bawa balik dari kerja (Abah aku seorang polis).
Aku main gari2 tangan dan bila Ma aku nampak dia cakap: ”Main la lagi
gari tu, nanti satu hari nanti kena gari betul2 baru tau”. Ya Allah… Dan
hari tu, aku betul2 kena gari, bukan dengan polis Malaysia, tapi dengan
Polis Great Britain!!!
Lamunan aku berderai apabila badan aku teranjak ke depan kerana kesan
brek van. Sejurus selepas aku dengar enjin dimatikan, pintu ‘penjara
kecil’ tu terkuak, Officer Hopkin berdiri betul2 didepan aku. Dari
belakang dia, muncul seorang pegawai lain yang aku tak pasti apakah
namanya. Dia menghampiri aku dan mengarahkan aku turun dari van itu.
Dengan tangan bergari dibelakang, agak sukar untuk aku turun dengan
cepat2. Melihat aku macam terhegeh-hegeh nak turun, dia grasp kolar jubah putih aku, dan tarik ke depan, menyebabkan aku hampir2 tersembam ke tanah.
Melihat dia buat aku macam tu, Officer Hopkin cepat2 sound dia dari
belakang:
”Hey, please respect him, he is a student of Royal College of Surgeons in Ireland!”
Mendengar kata-kata Encik Hopkin tu, dia cepat2 minta maaf:
”Owh, I’m sorry, I’m so sorry”.
aku hanya senyum je pada dia. Masa tu terasa jugak privilage sebagai
pelajar RCSI (hehehe. That day I know how much respect they have for
RSCI and RCSIans. So RCSIans, proud to be one, but never get yourself
being caught in Heathrow Airport to prove this!) After that, they really
treat me nicely. Hilang rasa takut walaupun berada dibalai polis di
negara asing dengan tangan bergari.. Aku berjalan memasuki balai,
diiringi angin sejuk England yang masih tidak mampu melegakan keresahan
hatiku pada malam itu.
Sampai dibalai, tangan aku dibebaskan dari gari yang membelenggu
hampir 3 jam. Sakit jugak rupanya tangan kalau kena gari ni. huhuhu. Tak
lama lepas tu, sorang pegawai lain masuk, sambil membawa back pack aku
yang aku telah chek-in masa nk naik flight tadi. Oh my… rupa2nya diorang
geledah balik beg2 yang dah dimasukkan ke dalam perut pesawat
semata-mata nak cari beg aku. Melihat beg aku tu, aku bertambah gelabah.
Dalam tu ade beberapa kitchen utensil yang aku beli kat Bangladesh and
among them is KNIFE/PISAU!!! ape aku nak jawab nanti? Dalam tu jugak aku
simpan beg kecik yang ade duit syiling dan duit kertas berlainan
currency. Ade RM, EURO, POUND, RUPEE dan Bangladesh TAKA. Ni kalau
diorang nak suspek aku ”International Drug Dealer” ni memang kena sangat
la ni. Ya Allah.. tolongla.. tolongla jangan bagi diorang tanya dan
pikir benda yang bukan2. Penat badan travel masih tak hilang, ni nak
kena penatkan otak ngn lidah nak jawab soal siasat polis2 ni plak!
Dan tekaan aku betul, seluruh isi back pack aku dikeluarkan! Setiap
satu benda diklsifikasikan mengikut jenis dan dimasukkan dalam beg
plastic bertulis ”Case Evidence”. Termasuk la duit2 negara2 asing yang
ada dalam simpanan aku. Dibalai, baru aku tau yang mereka suspek serbuk
dalam paket plastic kecil tu adalah DADAH!!!
One by one barang2 aku dikeluarkan, dan antara barang2 itu adalah
Quran Tafsir, Tasbih, kayu sugi, kompas kiblat and few other religious
related things! Terpaksalah aku menerangkan kegunaan2 dan sebab2 aku
bawak2 benda2 tu. Dan… ade seorang pegawai polis, apabila dia ternampak
Quran yang aku bawak tu ada di atas meja bersama barang2 lain, dia ambik
dan letak kat tempat tinggi. Tak tau la sama ada dia Islam atau bukan
sebab aku tengok dia terbalikkan dia punya nametag. Tp masa dibalai tu,
dia bersungguh-sungguh cakap kat aku,
Dont worry, I’ll try to help you. I’m very sure that this is not drug. Just keep calm, and I’ll try to help you.
Kata2 dia tu membuatkan aku sedikit lega. Dan aku nampak dia memang
bersungguh, hampir 3 kali dia ke makmal buat test kat serbuk tu, dan
bila keluar dari makmal dia bagitau kat anggota2 polis lain bahawa
serbuk tu bukan dadah.
It’s not drug, we’ve got the wrong and innocent man. I’m sure this is not drug. It’s probably sand or just dried leaf.
Begitulah lebih kurang dia bgtau kawan2 dia. Aku hanya berdiam diri,
dan cuba bertenang, setenang-tenangnya dan menjawab segala soal siasat
dengan sejujur-jujurnya.
Officer yang ambik keterangan sempat menawarkan pada aku:
Do you
want me to contact your family in Malaysia? We can call the Malaysia
ambassy for you to inform about this. Do you want any lawyer to come
here?
Dan untuk semua tawaran itu, aku jawab
ABSOLUTELY NO!!
Aku tak mau kedutaan Malaysia tau, aku tak mau family aku risau dan aku
takde duit nak bayar lawyer. Entah dari mana kekuatan yang aku dapat,
aku dengan penuh yakin cakap,
”For now, let me handle this myself, don’t call or tell anybody and I dont want any lawyer” Aku dah terbayang, kalau pihak ambassy tau, esoknya mesti paper2 kt Malaysia heboh:
Seorang Pelajar Perubatan diTangkap di UK kerana Mengedar Dadah!
dan aku juga terbayang ditendang dari universiti dan digugurkan
biasiswa.Tp entah kenapa, malam tu, hati aku redha-seredha-redhanya. Apa
jua ketetapan Allah untuk aku malam tu, aku terima. Walaupun aku akan
terpenjara selama-lamanya di bumi Great Britain ni. Cepat sungguh ujian Allah tiba selesai sahaja aku tangguh dari khuruj 4 bulan di Bangladesh. Tetapi jika ditanya pada aku bilakah waktu paling menenangkan dalam hidup, aku boleh bagitau, waktu itulah hatiku paling tenang walaupun ujian tu bukan calang2. Rasanya kalau bukan kerana baru balik dari keluar jalan Allah, atau baru balik dr melancong ke tempat2 lagha, boleh pengsan atau terkencing ketakutan kat airport tu. Tetapi kesa tarbiyah selama 4 bulan tu cukup hebat. Hati menjadi begitu tawakkal kepada Allah, Allah angkat segala kerisauan dan keresahan hati.
Selepas test demi test, dan hasilnya negative, mereka memanggil
pegawai atasan, yang datang ke balai dengan suit dan bertali leher,
ala-ala geng2 FBI gitu. Alhamdulillah… mereka mengesahkan yang serbuk tu
bukan dadah. TETAPI…
Aku akan dibebaskan dengan jaminan polis, dan mesti datang semula ke
Heathrow Police Station Setiap bulan untuk lapor diri di sini! Ya Allah…
Mereka kata, mereka masih tak puas hati, dan mau serbuk tu dihantar ke
lab yang lebih canggih untuk di confirm kan betul2 yang itu bukan dadah.
Seandainya aku gagal berbuat demikian, mereka akan keluarkan waran
tangkap dan akan tangkap semula aku untuk dibicarakan di mahkamah di
U.K. allahuakbar… Ya Allah, hanya padaMU aku berserah. masa tu, yang aku
perlukan adalah ketenangan jiwa. Aku hanya mengangguk, dan tandantangan
surat jaminan polis tu. Tetapi.. sebelum aku dibebaskan, aku mesti beri
keterangan penuh.
Lalu aku dibawa ke bilik untuk merekod keterangan, selepas gambar aku
diambil (sebijik rasa macam dalam filem2 western bila penjenayah kena
tangkap. ambik gambar depan, sisi kanan dan sisi kiri. FUH!!!) Lepas tu
cop- cop semua jari termasuk tapak tangan dan lateral(sisi luar) tangan
pun diambil dan direkod dalam komputer. Tak tau nak cakap apa. Tapi satu
je aku suspicious dengan penangkapan aku, dan sampai hari ni aku rasa
penangkapan aku pada malam tu bukan sebab serbuk yang disyaki dadah tu,
tapi sebab aku seorang Islam. Sebab nama aku nama Islam dan penampilan
aku pada malam tu berunsurkan Islam kerana waktu ak ditangkap tu, aku berjubah putih dan berkopiah. Korang nak tau apa perkara pertama
dan paling ditekankan sebelum dia ambik keterangan aku? Aku takkan lupa
Surgent Sean Hopkin tu kata:
”I’m going to record your report, and I want to help you.
In your report, please don’t mention anything about religious (Islam)
in your report. I know you go to Bangladesh for some religious things,
but if you want to be safe, just dont mention it in your report. Say
something else that are not related to your religion
Bila aku dengar je dia cakap gitu, then straight away aku dah suspek
something else pasal penangkapan aku malam tu. Anyway, I just follow
what he told me to say. And Thank You Allah for helping me, giving me
strength to go through all this up to this stage! Selesai beri
keterangan, abang polis yang angkat Quran letak tempat tinggi tu hantar
aku kembali ke Heathrow Airport. On the way, ade few other police
officer in the van, and believe me, they are very nice people. They said
to me:
This must be the greatest experience of your life! you will never forget this experience!
Aku senyum dan ketawa dengan diorang, tp dalam hati ade jgk terdetik:
Banyak la korang, dah la aku terlepas flight, tiket dah burn, esok plak
ade kelas, macamane aku nak balik Dublin ni!!! Nampaknya kena keluar
duit lagi ni. Tiket2 last minit ni mau sampai 100 euro! Hadui… Sampai di
Heathrow Airport, Sean Hopkin dan abang polis baik tu iring aku ke
dalam airport. abang polis baik tu bagitau: You have to stay here
tonight, about the flight to Dublin, you dont have to worry. Tomorrow
early in the morning, we will come back, and we will give you new ticket
to Dublin. What happen tonight is our mistake, and we will take care of
this.
Lega tahap maksimum aku bila dengar dia cakap macam tu. Semoga dia
menepati janji dia tu. Jadi malam tu aku pun tidor la di celah2 kerusi
airport (xleh tidor pun sebenarnya, mengenangkan apa yang dah berlaku
tu). Esoknya menjelang subuh, polis dua orang tu datang balik, bawak aku
ke kaunter tiket dan dengan selambernya cakap kat awek mat salleh kat
kaunter tu:
Give this gentleman free ticket to Dublin. Give him the earliest one.
Sape berani ingkar arahan polis? So awek mat salleh tu pun print la
satu ticket free untuk aku. Yahooooo!!! Thank You Allah for Your great
favour. Alhamdulillah… Dan pagi itu, aku selamat sampai di Dublin
Aeroport, dan aku tau aku kena explain semua cite ni kat brader2 yang
dari malam semalam menunggu ketibaan aku untuk jemput aku dari airport.
Akhirnya… udara sejuk Dublin masih ditakdirkan oleh Allah untuk jadi
pembekal oksigen kepada paru-paru aku. Thank You Allah!!!
Sampai hari ni, aku yakin ade udang disebalik mee tentang penangkapan
aku pada malam tu. Dan kalau betul la mereka suspicious something about
me becoz I’m a Muslim, then, right here I want they know that:
”MY NAME IS MOHAMAD AMIRUL HAILMI, AND I’M NOT TERRORIST”
P/S: di surat Pembebasan dengan Jaminan Polis yang diorang bagi,
tertulis pertuduhan: Accused for possesing Class A Drug. bila sampai
rumah, aku research pasal Class A Drug, dan Class A drug adalah kelas
dadah2 berbahaya seperti Coccaine! Boleh membawa hukuman gantung jika
memiliki lebih daripada 18-20g (kalau tak silap). Dan… berat serbuk
dalam paket plastik pada malam tu adalah 20g!!! Terima Kasih Allah,
terima kasih kerana masih memelihara aku dari semua bala bencana didunia
ini. Terima kasih kerana melepaskan aku dari cengkaman fitnah yang
hampir2 memusnahkan hidup dan masa depan aku! Sesungguhnya Engkaulah
Tuhanku, dan aku hanyalah hambaMU yang hidup dibawah pentadbiranMU…