Followers

Friday, January 3, 2014

First Terrible Days of 2014


Huh, I just came back from the police station after made a police report. Hopefully this is the first and last time that I've to lodge a police report about theft!

3rd and 4th of January 2014 could be a bad starter for this new year. Last night on 3rd Jan, my Abah gave me 20 ringgit as a pocket money for my journey by bus from Tnh Merah to Penang. But dam**t, I dont know how the money that I've put in my pocket has lost without trace! I guess the money 'get out' of my pocket whenever I pull out my wallet to gave the bus ticket to the driver. I just realized that the money has gone after 30minutes on the bus.

But that's still okay. Quickly I made intention that anybody found the money, I consider it as charity to that people. Maybe God took back the money as it actually belongs to someone else. So I just 'pasrahkan' je lah that 20 ringgit.

However, God test me with another one, which is more powerful that the first one. This morning on 4th Jan, as I touch my feet down at the Sg. Nibong Bus Terminal, I went to the surau to have a short nap as I totally can't sleep on the bus due to f**king crazy driver who drove the bus like a drunk a**ho*e!

It was about 5am when I got to the surau. Without any delay,  quickly fold my sweater to make it as pillow after I put my back pack just against the wall, besides my 'sweater-pillow'. It's not even a minute after I put my head on the 'pillow', I have lost in the dream.

Half an hour later, I woke up when I heard somebody start to pray. As I woke up, I noticed that my yellow back pack has gone. I quickly stood up, get out and search around the bus terminal. I'm 100% confident that some blood sucker a**ho** has taken my back! Oh sh**! I got all my important stuffs inside the back! Laptop, medical books worth hundreds of ringgit, stethoscope, few medications, and my brand new D'Herb Super Lebat Shampoo and Cream! Da*n you bloody thief! And to add more salt and acid to the wound, there is a book that I borrow from library worth 90ringgit. I borrow the book because it is not worth to buy a new one. But now, here I am, I need to replace that f**king expensive book!

Oh Allah, maybe this is due to my sins or bad deeds. Or I hope you test me like this to bring me back to the right path, to make me realize things that I've taken for granted! I believe there's always a silver lining behind every cloud!

However, this unwanted terrible events just kill my spirit to start this new and last semester of my life as medical student! Oh Tuhan, I need a new stethoscope! Pleaassseee... huk3!  

Friday, November 29, 2013

Rapuh


Detik waktu terus berjalan
Berhias gelap dan terang
Suka dan duka
Tangis dan tawa
Tergores bagai lukisan

Seribu mimpi berjuta sepi
Hadir bagai teman sejati
Di antara lelahnya jiwa
Dalam resah dan air mata
Ku persembahkan kepadaMu
Yang terindah dalam hidupku

Meski ku rapuh dalam langkah
Kadang tak setia kepadaMu
Namun cinta dalam jiwa
Hanyalah padaMu

Maafkanlah bila hati
Tak sempurna mencintaiMu
Dalam dada ku harap hanya
Dirimu yang bertakhta

Detik waktu terus berlalu
Semua berakhir padaMu

*Opick*

Tuesday, November 26, 2013

Jangan Jadi Doktor!!!



''Jangan jadi doktor!'' Betul ke awak ni nak jadi doktor? ''Awak dah fikir masak2 ke nak jadi doktor?'' Ni mak yang suruh jadi doktor atau awak sendiri?

Itulah antara kata2 beberapa doktor yang aku jumpai sebelum aku memulakan pengajian di peringkat persediaan untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan ni.. Daripada kesemua doktor yang aku jumpa, 100% daripada mereka melarang aku drpd belajar medik dan jadi doktor!!!

Masa tu aku pun x paham, apa yang horror sangat jadi medik student and then a doctor? Lalu aku yang pada waktu itu di dorong oleh so called ''childhood dream'' and desakan drpd parents, aku pun menafikan dan memekakkan telinga drpd semua nasihat2 doktor2 tersebut, yang aku anggap, ahh.. diorang ni saje je ni nk menakut-nakutkan aku.. -kata hati aku yang masa tu masih muda remaja dan mudah terpengaruh dengan propaganda semasa masyarakat Malaysia! Jadilah doktor... nanti..
-cepat kaya
-glamor
-nampak 'up'
-boleh tolong orang
-nanti senang nk dapat bini lawa (lol)
-nanti boleh bagi duit banyak2 kat mak ayah
-nanti kaum kerabat boleh tumpang bangga
-bla..bla..bla... and the list is not exhaustive!

Maka masuklah aku ke program persediaan utk bidang perubatan selama 2 tahun di suatu institusi di Selangor dengan tajaan biasiswa JPA (aka duit rakyat Malaysia yg bayar cukai).. And.. from the beginning of the foundation programme (even from upper secondary school actually) I've realized that science and mathematics is not the 'love' of my soul. It's not my cup of coffee/tea/milkshake/hot choc or whatever, not a piece of delicious cake for me, and not a 'game' that I have passion to play with!!!

Starting from that point, I start hating what I did. I want to quit from that point and do something that more lovely and has some place in my heart. But I just can't. What I get when I express my feeling to quit is that:
-Alaah.. sabarlah.. bolehnye tu...
-tak takut ke nnti kena bayar balik duit JPA tu.. (padahal masa tu mungkin baru 10-15k ringgit)
-Kalau xnak buat utk diri sendiri, buatla utk orang yg menaruh harapan pada ko..
-Bla... bla.. bla..

Dan berlalulah masa... dalam pada hati memberontak xmau teruskan belajar benda sains ni, boleh plak aku lepas foundation tu dengan full point. okaylah.. fine, aku sedapkan hati, mungkin Allah dah pilih aku utk jadi doktor ni.. dalam malas2 mcm ni pun dia still bagi lulus.. kata hati yg entah betul entah tidak..

Maka terbanglah aku ke sebuah negara di Eropah sana untuk belajar medik. Masa tu lupa la sikit yg aku sebenarnya xsuka belajar benda sains yang kena banyak membaca dan menghafal ni.. maklumlah, sebab tengah overexcited dngn perasaan boleh 'fly' dan rasa hidup di negara orang...

Tp, believe me, every single time nak exam, perasaan nak quit tu memang membuak-buak.. Sehinggakan masa aku first year, aku pernah plan nak lari dari negara Eropah tu dan lari ke South Africa. Aku nk pergi belajar agama kat sana. Aku dah mula menyampah, boring dan meluat dengan ilmu2 sains yang bagi aku hanya memenatkan otak, dan tidak memberi 'makan' sikit pun utk kesihatan rohani. Seriously aku dh survey dah tempat yg ak nk pergi. Tp akal waras aku plak jadi penghalang.,.. Tiba2 aku terpikir plak pasal penjamin yg jamin aku tu.. Kan kalau ak hilang tiba2, x pasal2 diorang plak kena jail.. so aku batalkan saja niat aku tu.

Maka dengan hati yg berat, aku tetap teruskan... Dan aku melihat ade juga kawan2 yang kecundang dan berundur diri dari bidang yang 'horror' ni... Tinggal aku lagi yang masih takut2 nak blah... Takut kena bayar hutang la... takut orang lain kecewa la dengan keputusan aku, takut itu, takut ini ,bukan takut bini sebab aku blum ade bini... Dan aku paksa jgk diri sikit2 utk belajar sekadar utk lulus setiap sem..
(nanti bersambung.. ekceli aku ade exam esok (27/11/32013), bleh plak aku tulis entry ni, ini menunjukkan yg aku mcm dh malas nk ambik tahu pasal exam exam ni.. muahahahaha)

*Sape2 yg terbaca post ni, aku mohon jasa baik tinggalkan pendapat anda: Patut ke aku teruskan atau aku blah sebelum aku grad, terutama para doktor/medical student/bekas medical students. Mudah2han jadi panduan utk orang lain jgk. (tu pun kalau grad la.. hohoho). Mohon pendapatnya ya sedara sedari cikebung-cikebung sekalian. : ) *


Sunday, November 24, 2013

Bersama Sampai Jannah @ Bersama Sampai Jahannam???!!


Musim2 cuti sekolah ni memang musim orang kawen. Sana sini di mana-mana dalam negara Malaysia yg 'masih aman' ni kita boleh tengok ade je majlis2 akad nikah kat masjid2, dan majlis2 kenduri kawen berlangsung kat mana2.

Baguslah mereka2 yg kawen tu. Dapat elakkan daripada maksiat dan kalau ikut agama kita Islam ni, kawen tu ibarat sudah menyempurnakan separuh drpd agama. Tetapi...

Kat sini ak nk berkongsi sedikit perasan bengang dan geram dngn orang2 muda yg buat akad nikah kat masjid. Kita selalu dngr orng komn pasal pakaian x cukup kain/x tutup aurat masuk dlm masjid, x jaga adab2 masjid dan sebagainya.. itu satu bab..

Ada lagi bab yang lagi membengangkan. Ada sekali tu, masa tu waktu asar kalau tak silap. Aku pergi jemaah kat masjid (ni bukan nk cerita yg aku gi semayang masjid ok), dan2 aku sampai tu, orang tengah iqamah, tngah2 kelam kabut naik tangga msajid, aku terpandang sepasang pengantin dengan 2 orang jurugambar. Si pengantin sibuk dok posing, yg 2 lg jurugambar tu asyik duk klik and flash kamera. Nak je aku gi hempuk ngan helmet kepala 4 orang tu. Kalau bergambar kt taman ke, tepi laut ke, dalam sungai ke, bawah jambatan ke boleh tahan lagi, ni betul2 tepi tangga masjid. Orang iqamah nk solat, boleh plak 4 mangkuk tu buat x tau je.. Sampai la abis solat, aku turun tangga nk balik, masih lagi duk berposing! Geramnya Allah je lah tau. Aku syak, malang betul pompuan tu dapat laki mcm tu. Dan laki tu pun malang jgk dpt bini mcm tu,. Hak dan kewajipan pada Allah ta'ala dia boleh buat bodoh mcm tu, jgn harap dia dpt tunaikan hak suami isteri dngn sempurna. Habis cerita satu.

Cerita dua, betul2 berlaku semalam. Ngam2 habis orang azan zohor, aku sampai masjid. Tengah2 duk ejas parking kereta ade srombongan kereta turut sama parking. Alhamdulillah.. ramai plak orang jemaah hari ni (kata hati yg sentiasa berbolak-balik ni..). Tiba2 ternampak seorang lelaki keluar kereta berpakaian segak, dan dari kereta satu lagi seorang wanita berpakain ketat, bertudung dan bermekap tebal. Tebalnya mekap tu aku boleh cakap, sampai kita boleh nampak dia sorang je nmpak putih dalam ramai2 tu.. (ini bukan racist ok, cuma nk terangkan ketebalan mekap dia).  oh rupa2nya nk akad nikah.. mungkin lepas zohor la tu..

Maka naiklah lelaki dan perempuan berpakaina cantik serta konco2nya ke atas masjid... Alhamdulilah yang lelaki smuanya pergi solat termasuk pengantin lelaki tu. Tp yg aku peliknya, tiba2 perempuan bermekap tebal tu turun balik, ditemani seorang lagi perempuan, aku syak kakak/sepupu dia. Ade ke dekat2 orang nk smayang dia blah, pergi duduk dalam kete yang duk parking kat tangga masjid!! Kalau betul xleh semayang, mesti awal2 lagi xleh masuk dan duduk dlm masjid. Tak lain tak bukan sebab x boleh nk ambik wuduk sbb mekap tebal sangat, pahtu nk semayang pun seksa sebb kain baju tu dah mcm pembalut buah nangka!! Astaghfirullah... Sanggup demi mekap, gadaikan peluang utk solat di awal waktu.

Kahwin tu sunnah, solat tu wajib. Rata2 hari ni, walaupun org tu ntah apa2, pakaian x tutup aurat, mekap/berhias mcm arab jahiliyah, bila di tanya mesti cakap ayat cliche: Ermmm... I nakkan seseorang yg soleh/solehah.. supaya boleh jadi pembimbing I... Teman hidup I... yg boleh beri kebahagian shingga ke Jannah..! (X percaya tengokla artis2 dlm TV tu, mmg lbih kurang gitu la kata2 mereka)! Phhuiii!! 

Kepada yg nk kawen cuti2 sekolah ni, jaga la sikit. Jangan sampai kerana takut mekap hilang, kerana bersanding, kerana sibuk bergambar, solat dan kewajipan pada Allah kita abaikan... Kata nk bersama sampai Jannah? Niat tu dah elok, dh cantik bangat!!! Tp kalau kawen pun dh okut trend mcm orang Kristian/Hindu, tu maknanya nk bersama sampai Jahannam namanya...

*Sekian dulu aku mebebel sorang2 ngn keyboard ni. Tak kesah la nk kata aku keyboard warrior ke ape ke.. Harap2 kalau koang terbaca ni, fikir2kanlah... Bagi yg belum kawen mcm ak ni, aku rasa masih ada ruang utk kita mengubah adat perkahwinan masyarakat kita yg makin gila, membazir dan menyusahkan skarang ni. Tu belum kita sembang dan kaji lg ttg pembaziran2 diluar kemampuan semata-mata nk ikut trend. Pendek kata, mcm2 la benda karut yg belaku.Tu baru pendek yg kata, panjang belum kata apa2 lagi tu, panjang tengah rilek je.. :P*

Saturday, November 23, 2013

Debu-Debu Dosa


Ke arah mana halanya
Bagi insan yang terleka
Mengejar nikmat dunia
Bagaikan hidup selamanya
Tak peduli dosa noda
Seksa azab neraka
Hidup jauh dari rahmatNya

Terpedaya pada dunia
Pentas ciptaan manusia
Terlupa pada segala
Mengikut nafsu semata
Membiar syaitan beraja
Di hati dan juga jiwa
Mengejar dunia penuh debu dosa

Teguhkanlah iman dalam diri
Moga dikau akan merasai
Betapa indah nikmat Ilahi
Dan yakin kau akan dirahmati

Harus kau percaya dengan pasti
Dunia tidak kekal abadi
Hanya menguji cekalnya hati
Sebagai khalifah yang sejati

Tak perlu kau meragui
Andai teguh keimananmu
Pasti bahagia menanti
Di akhirat yang abadi

*Hijjaz*