Followers

Saturday, November 23, 2013

''You Are Arrested'' (Combined Part 1 and 2)


Menghampiri pertengahan bulan November ni mengingatkan aku pada satu peristiwa, penglaman, tragedi yang takkan aku lupakan sampai aku mengalami ‘brain death’, sewaktu bermusafir di bumi Eropah. Peristiwa yang hampir2 membuatkan aku merengkok dipenjara atau mungkin dihukum gantung sampai mati di bumi Eropah. Mungkin ada yang tidak percaya, tapi hakikatnya kisah ini adalah realiti, dah sudah menjadi sebahagian daripada memori2 jangka panjang dalam diari hidup aku yang hampir mencecah suku abad ini.
Bulan November 2010, 2 tahun yang lalu, hati dan lidah aku tidak mampu untuk mengucapkan syukur pada Allah setelah menerima panggilan daripada Surgent Sean Hopkin, seorang Pegawai Polis dari Lapangan Terbang Heathrow London, United Kingdom mengkhabarkan berita baik (bahkan terlalu baik) bahawa pertuduhan berat yang dikenakan ke atas aku telah digugurkan… air mata gembira tidak mampu ditahan-tahan lagi, mengalir menyuburkan lagi ingatan aku pada peristiwa hitam sebulan sebelum itu..
6 October 2010, Pesawat Qatar Airways yang berlepas dari Abu Dhabi mendarat selamat di Lapangan Terbang Heathrow, bersama-sama pesawat2 lain yang datang dari setiap penjuru alam ke lapangan terbang paling sibuk di dunia ini. Waktu itu, aku bersama seorang kawan baru pulang dari berkelana di negara Bangladesh, negara yang terkenal dengan kemiskinan dan kemelaratan rakyatnya. (I wont tell you guys why I was here, but some reader may know the reason I’m here, but still I’m gonna write about my Bangladesh stay in next post, iA). Penerbangan hampir 8 jam itu amat memenatkan, ditambah dengan penat menghadapi panasnya Lapanga Terbang Abu Dhabi, yang panasnya macam gurun Sahara. dan kepenatan ini belum boleh direhatkan kerana kami ada satu lagi penerbangan. Penerbangan 1 jam ke Dublin, Ireland. And here the story begin…
Sejam sebelum check in beg aku, aku berkira-kira sama ada hendak memasukkan satu termos air yang aku beli di Bangladesh ke dalam check-in luggage atau masukkan je dalam cabin bag. Nak dijadikan cerita, aku decide untuk letak saje termos berharga lebih kurang 10 ringgit tu dalam cabin bag. Malas nak arrange balik barang dlm beg besar tu, kata hati yang dah terkesan dengan kepenatan badan.
Selesai solat Maghrib dijamakkan dengan Isyak di chapel room airport, kami check in luggage dikaunter. Seorang kakak berwajah manis men’check-in’ beg aku. Ok, setel satu part. Next stage is melepasi security screening sebelum ke balai pelepasan. Hati dah meronta-ronta nak enjoy cold weather in Dublin selepas 3 bulan lebih bermandi cahaya mentari terik di bumi Bangladesh. Maklumlah, dh hampir setahun stay kat Dublin, pahtu cuti summer tahun tu tak balik Malaysia, jadi tahun 2010 tu kiranya Dublin jadi ‘home sweet home’, but not as sweet as Malaysia (that’s why 1 in 7 Malaysian got diabetes, haha).
Okay back to the story… Beraturlah aku bersama-sama bakal2 penumpang Pesawat AerLingus untuk ke bumi Shamrock. Ramai sungguh orang masa tu. Masa transit kat sini pulak pendek je, ngam2 untuk flight transfer saje. Sampai lah giliran beg dan tuan beg untuk di scan oleh pak guard dan mak guard airport. Aku dah lepas, tapi beg pulak berbunyi-bunyi.. Ha..sudah. Apasal plak ni. Ya Allah, janganlah ade apa2.. mudahkan la urusan hambaMu yang dhaif ni. Berilah aku chance nk gi lecture esok (hari tu hari Ahad, kelas dah start 2 minggu dh masa tu, hihi) Doa hati yang dah mula resah sedikit. Pak guard scan lagi sekali, masih lagi berbunyi. Lepas 3-4 kali scan, tapi masih lagi ade something wrong with my bag. Sorang officer kat situ bagitau, ”We can’t let you go, there’s something suspicious at the bottom of your flask”(merujuk kepada termos yang aku beli tu).
Few minutes later, seorang mak cik berbadan gempal, memakai tag name yg menunjukkan dia pegawai airport datang dengan senyuman sambil berkata: Could you please give me your passport and ID card? This won’t be long, you have to wait here for a second!. Tanpa banyak soal, aku bagi dia Passport, IC Malaysia dan ID aku kat Ireland tu. Ceh, a second abah dia, dekat setengah jam aku menunggu, flight dah nk berlepas dah, dia tak muncul2 jgk. So aku suruh la member sorang tu pegi dulu, dan tunggu aku atas flight. Let me face all this by myself! (Sound heroic, :P ) Tunggu punya tunggu…
Tu dia… mak cik gempal tu datang, tapi kali ni bukan sorang2, dia mai dengan hampir 10 orang pegawai polis lengkap bersenjata api, dengan 3 ekor anjing pengesan. Ya Allah.. Ya Allah.. Apa semua ni? Apa dah berlaku ni? Hati semakin berdebar-debar. Masa tu tak ade kawan, tak ade ma abah yang nak tenangkan, hanya zikrullah yang menjadi teman hati dan jiwa ini pada masa itu, kerana hati ini tahu hanya Allah yang boleh lepaskan aku daripada keadaan ni. Seorang pegawai polis menghampiri aku dan memperkenalkan diri: ”I’m Officer Hopkin, Sean Hopkin. We have to cut open you flask to see what is at the bottom of your flask. Be patient ok!” Aku hanya mampu mengangguk, menyimpan pergerakan lidah untuk zikir dan doa pada Allah. Ya Allah… please end all this quickly. I don’t wanna stay here tonight. Please…
Seorang lagi pegawai polis memotong termos tu dengan gergaji besi. Aku memandang sayu dia memotong termos sepuluh ringgit yang aku tak pernah guna lagi tu dengan sayu, sambil 3 ekor anjing pengesan tu hidu semua beg2 aku, termasuk badan aku. ”Setia” berdiri disisi aku ialah Surgent Hopkin, untuk memastikan aku tidak mengambil tindakan agresif seperti melarikan diri. Dia tak perlu pun buat macam tu, sebab aku yakin aku tak buat salah, dan aku yakin Allah ada bersama aku. The best friend that never let you down. Aku terus memerhati polis muda tu gergaji termos tu, gergaji dan terus gergaji sehinggalah…
Dasar termos to terputus, dan memuntahkan satu paket kecil mengandungi serbuk seperti daun2 kering yang telah dikisar halus. Polis muda itu mengangkat paket kecil tu, menunjukkan kepada pegawai2 lain. Aku terkedu! Terkedu dan terus terkedu. Ya Allah.. what kind of test are you giving me right now? but I know, u never test YOUR servant beyond his capacity. Help me, be with me to go trought this. Melihat bungkusan mengandungi serbuk tu, Surgent Hopkin yang ketika itu berada jauh sedikit dari aku, terus meluru ke arah aku dan berkata: ”We have to arrest you!!! Follow us to the Police Station and we need your further explaination about all this! Sambil mengeluarkan gari dari poket belakangnya, dan terus gari kedua-dua tangan aku dibelakang!
Allahuakbar! Ya Allah don’t leave me alone, I really2 need you, before, now and forever. Ya Allah, bagilah ketenangan, kesabaran pada aku dan ahli keluarga (jika mereka dapat tahu) untuk menghadapi semua ini.
Lalu aku dan beg2 aku, dengan tangan bergari, diiringi pegaiwai2 polis ke arah sebuah van bertulis ”Heathrow Police Station”. Seisi airport menumpukan perhatian mereka ke arah aku, seorang ”penjenayah”. Pada pandangan mereka pastinya aku adalah ‘international criminal’ takpun ‘terrorist’. Hanya Allah yang tahu rasa hati ini masa tu. Hanya Allah!!! Semasa keluar dipintu airport, terserempak dengan kakak yg check-in beg aku awal2 tadi, and she look at me with a shock face, very shock. Nak aje aku jerit kat dia, Don’t be wrong, I’m not guilty, I’ve done NOTHING!!!! Tapi suara tu tersekat kat kerongkong je. Sampai di van, Officer Hopkin arahkan aku duduk di bahagian belakang. Guess what? At the back of the van is designed like a lock up. Oh God! Aku rasa macam duduk dalam penjara!
Duduklah aku sorang2 kat belakang tu, dan van polis tu pun mula bergerak.. bergerak ke arah yang aku tak pasti, sebab aku langsung tak boleh tengok keluar. Dan aku tak tau apa nasib aku di Balai Polis Heathrow  nanti…

(Part 2)

…..Van Heathrow Airport Police yang aku naiki tu meluncur laju dan lancar. Sesekali terasa van diperlahankan kemudian terhenjut, mungkin ada bonggol jalan yang merentangi jalan. Aku agak2, perjalanan ke Heathrow Police Station tu mengambil masa dalam 10-15 minit. Agak jauh juga dari airport. Jalan mana yang mereka lalu, tempat mana mereka berhenti aku tak dapat pastikan kerana aku langsung tak dapat akses untuk pandang keluar van.Bersendirian di ”lokap bergerak” itu, aku hanya mampu memperbanyakkan zikir dan doa kepada Allah. Berdoa agar nusrahNya hadir, membawa aku keluar dari masalah besar ini. Sementara hati berzikir, otak aku pula tiba-tiba dihinggap kenangan lalu sewaktu aku disekolah rendah. Aku teringat satu hari, aku ade bermain-main dengan gari polis yang Abah aku bawa balik dari kerja (Abah aku seorang polis). Aku main gari2 tangan dan bila Ma aku nampak dia cakap: ”Main la lagi gari tu, nanti satu hari nanti kena gari betul2 baru tau”. Ya Allah… Dan hari tu, aku betul2 kena gari, bukan dengan polis Malaysia, tapi dengan Polis Great Britain!!!
Lamunan aku berderai apabila badan aku teranjak ke depan kerana kesan brek van. Sejurus selepas aku dengar enjin dimatikan, pintu ‘penjara kecil’ tu terkuak, Officer Hopkin berdiri betul2 didepan aku. Dari belakang dia, muncul seorang pegawai lain yang aku tak pasti apakah namanya. Dia menghampiri aku dan mengarahkan aku turun dari van itu. Dengan tangan bergari dibelakang, agak sukar untuk aku turun dengan cepat2. Melihat aku macam terhegeh-hegeh nak turun, dia grasp kolar jubah putih aku, dan tarik ke depan, menyebabkan aku hampir2 tersembam ke tanah. Melihat dia buat aku macam tu, Officer Hopkin cepat2 sound dia dari belakang:
”Hey, please respect him, he is a student of Royal College of Surgeons in Ireland!”
Mendengar kata-kata Encik Hopkin tu, dia cepat2 minta maaf: ”Owh, I’m sorry, I’m so sorry”. aku hanya senyum je pada dia. Masa tu terasa jugak privilage sebagai pelajar RCSI (hehehe. That day I know how much respect they have for RSCI and RCSIans. So RCSIans, proud to be one, but never get yourself being caught in Heathrow Airport to prove this!) After that, they really treat me nicely. Hilang rasa takut walaupun berada dibalai polis di negara asing dengan tangan bergari.. Aku berjalan memasuki balai, diiringi angin sejuk England yang masih tidak mampu melegakan keresahan hatiku pada malam itu.
Sampai dibalai, tangan aku dibebaskan dari gari yang membelenggu hampir 3 jam. Sakit jugak rupanya tangan kalau kena gari ni. huhuhu. Tak lama lepas tu, sorang pegawai lain masuk, sambil membawa back pack aku yang aku telah chek-in masa nk naik flight tadi. Oh my… rupa2nya diorang geledah balik beg2 yang dah dimasukkan ke dalam perut pesawat semata-mata nak cari beg aku. Melihat beg aku tu, aku bertambah gelabah. Dalam tu ade beberapa kitchen utensil yang aku beli kat Bangladesh and among them is KNIFE/PISAU!!! ape aku nak jawab nanti? Dalam tu jugak aku simpan beg kecik yang ade duit syiling dan duit kertas berlainan currency. Ade RM, EURO, POUND, RUPEE dan Bangladesh TAKA. Ni kalau diorang nak suspek aku ”International Drug Dealer” ni memang kena sangat la ni. Ya Allah.. tolongla.. tolongla jangan bagi diorang tanya dan pikir benda yang bukan2. Penat badan travel masih tak hilang, ni nak kena penatkan otak ngn lidah nak jawab soal siasat polis2 ni plak!
Dan tekaan aku betul, seluruh isi back pack aku dikeluarkan! Setiap satu benda diklsifikasikan mengikut jenis dan dimasukkan dalam beg plastic bertulis ”Case Evidence”. Termasuk la duit2 negara2 asing yang ada dalam simpanan aku. Dibalai, baru aku tau yang mereka suspek serbuk  dalam paket plastic kecil tu adalah DADAH!!!
One by one barang2 aku dikeluarkan, dan antara barang2 itu adalah Quran Tafsir, Tasbih, kayu sugi, kompas kiblat and few other religious related things! Terpaksalah aku menerangkan kegunaan2 dan sebab2 aku bawak2 benda2 tu. Dan… ade seorang pegawai polis, apabila dia ternampak Quran yang aku bawak tu ada di atas meja bersama barang2 lain, dia ambik dan letak kat tempat tinggi. Tak tau la sama ada dia Islam atau bukan sebab aku tengok dia terbalikkan dia punya nametag. Tp masa dibalai tu, dia bersungguh-sungguh cakap kat aku, Dont worry, I’ll try to help you. I’m very sure that this is not drug. Just keep calm, and I’ll try to help you. Kata2 dia tu membuatkan aku sedikit lega. Dan aku nampak dia memang bersungguh, hampir 3 kali dia ke makmal buat test kat serbuk tu, dan bila keluar dari makmal dia bagitau kat anggota2 polis lain bahawa serbuk tu bukan dadah. It’s not drug, we’ve got the wrong and innocent man. I’m sure this is not drug. It’s probably sand or just dried leaf. Begitulah lebih kurang dia bgtau kawan2 dia. Aku hanya berdiam diri, dan cuba bertenang, setenang-tenangnya dan menjawab segala soal siasat dengan sejujur-jujurnya.
Officer yang ambik keterangan sempat menawarkan pada aku: Do you want me to contact your family in Malaysia? We can call the Malaysia ambassy for you to inform about this. Do you want any lawyer to come here?
Dan untuk semua tawaran itu, aku jawab ABSOLUTELY NO!! Aku tak mau kedutaan Malaysia tau, aku tak mau family aku risau dan aku takde duit nak bayar lawyer. Entah dari mana kekuatan yang aku dapat, aku dengan penuh yakin cakap, ”For now, let me handle this myself, don’t call or tell anybody and I dont want any lawyer” Aku dah terbayang, kalau pihak ambassy tau, esoknya mesti paper2 kt Malaysia heboh: Seorang Pelajar Perubatan diTangkap di UK kerana Mengedar Dadah! dan aku juga terbayang ditendang dari universiti dan digugurkan biasiswa.Tp entah kenapa, malam tu, hati aku redha-seredha-redhanya. Apa jua ketetapan Allah untuk aku malam tu, aku terima. Walaupun aku akan terpenjara selama-lamanya di bumi Great Britain ni. Cepat sungguh ujian Allah tiba selesai sahaja aku tangguh dari khuruj 4 bulan di Bangladesh. Tetapi jika ditanya pada aku bilakah waktu paling menenangkan dalam hidup, aku boleh bagitau, waktu itulah hatiku paling tenang walaupun ujian tu bukan calang2. Rasanya kalau bukan kerana baru balik dari keluar jalan Allah, atau baru balik dr melancong ke tempat2 lagha, boleh pengsan atau terkencing ketakutan kat airport tu. Tetapi kesa tarbiyah selama 4 bulan tu cukup hebat. Hati menjadi begitu tawakkal kepada Allah, Allah angkat segala kerisauan dan keresahan hati.

Selepas test demi test, dan hasilnya negative, mereka memanggil pegawai atasan, yang datang ke balai dengan suit dan bertali leher, ala-ala geng2 FBI gitu. Alhamdulillah… mereka mengesahkan yang serbuk tu bukan dadah. TETAPI…
Aku akan dibebaskan dengan jaminan polis, dan mesti datang semula ke Heathrow Police Station Setiap bulan untuk lapor diri di sini! Ya Allah… Mereka kata, mereka masih tak puas hati, dan mau serbuk tu dihantar ke lab yang lebih canggih untuk di confirm kan betul2 yang itu bukan dadah. Seandainya aku gagal berbuat demikian, mereka akan keluarkan waran tangkap dan akan tangkap semula aku untuk dibicarakan di mahkamah di U.K. allahuakbar… Ya Allah, hanya padaMU aku berserah. masa tu, yang aku perlukan adalah ketenangan jiwa. Aku hanya mengangguk, dan tandantangan surat jaminan polis tu. Tetapi.. sebelum aku dibebaskan, aku mesti beri keterangan penuh.
Lalu aku dibawa ke bilik untuk merekod keterangan, selepas gambar aku diambil (sebijik rasa macam dalam filem2 western bila penjenayah kena tangkap. ambik gambar depan, sisi kanan dan sisi kiri. FUH!!!) Lepas tu cop- cop semua jari termasuk tapak tangan dan lateral(sisi luar) tangan pun diambil dan direkod dalam komputer. Tak tau nak cakap apa. Tapi satu je aku suspicious dengan penangkapan aku, dan sampai hari ni aku rasa penangkapan aku pada malam tu bukan sebab serbuk yang disyaki dadah tu, tapi sebab aku seorang Islam. Sebab nama aku nama Islam dan penampilan aku pada malam tu berunsurkan Islam kerana waktu ak ditangkap tu, aku berjubah putih dan berkopiah. Korang nak tau apa perkara pertama dan paling ditekankan sebelum dia ambik keterangan aku? Aku takkan lupa Surgent Sean Hopkin tu kata:
”I’m going to record your report, and I want to help you. In your report, please don’t mention anything about religious (Islam) in your report. I know you go to Bangladesh for some religious things, but if you want to be safe, just dont mention it in your report. Say something else that are not related to your religion
Bila aku dengar je dia cakap gitu, then straight away aku dah suspek something else pasal penangkapan aku malam tu. Anyway, I just follow what he told me to say. And Thank You Allah for helping me, giving me strength to go through all this up to this stage! Selesai beri keterangan, abang polis yang angkat Quran letak tempat tinggi tu hantar aku kembali ke Heathrow Airport. On the way, ade few other police officer in the van, and believe me, they are very nice people. They said to me: This must be the greatest experience of your life! you will never forget this experience!
Aku senyum dan ketawa dengan diorang, tp dalam hati ade jgk terdetik: Banyak la korang, dah la aku terlepas flight, tiket dah burn, esok plak ade kelas, macamane aku nak balik Dublin ni!!! Nampaknya kena keluar duit lagi ni. Tiket2 last minit ni mau sampai 100 euro! Hadui… Sampai di Heathrow Airport, Sean Hopkin dan abang polis baik tu iring aku ke dalam airport. abang polis baik tu bagitau: You have to stay here tonight, about the flight to Dublin, you dont have to worry. Tomorrow early in the morning, we will come back, and we will give you new ticket to Dublin. What happen tonight is our mistake, and we will take care of this.
Lega tahap maksimum aku bila dengar dia cakap macam tu. Semoga dia menepati janji dia tu. Jadi malam tu aku pun tidor la di celah2 kerusi airport (xleh tidor pun sebenarnya, mengenangkan apa yang dah berlaku tu). Esoknya menjelang subuh, polis dua orang tu datang balik, bawak aku ke kaunter tiket dan dengan selambernya cakap kat awek mat salleh kat kaunter tu: Give this gentleman free ticket to Dublin. Give him the earliest one. Sape berani ingkar arahan polis? So awek mat salleh tu pun print la satu ticket free untuk aku. Yahooooo!!! Thank You Allah for Your great favour. Alhamdulillah… Dan pagi itu, aku selamat sampai di Dublin Aeroport, dan aku tau aku kena explain semua cite ni kat brader2 yang dari malam semalam menunggu ketibaan aku untuk jemput aku dari airport. Akhirnya… udara sejuk Dublin masih ditakdirkan oleh Allah untuk jadi pembekal oksigen kepada paru-paru aku. Thank You Allah!!!
Sampai hari ni, aku yakin ade udang disebalik mee tentang penangkapan aku pada malam tu. Dan kalau betul la mereka suspicious something about me becoz I’m a Muslim, then, right here I want they know that:
”MY NAME IS MOHAMAD AMIRUL HAILMI, AND I’M NOT TERRORIST”
P/S: di surat Pembebasan dengan Jaminan Polis yang diorang bagi, tertulis pertuduhan: Accused for possesing Class A Drug. bila sampai rumah, aku research pasal Class A Drug, dan Class A drug adalah kelas dadah2 berbahaya seperti Coccaine! Boleh membawa hukuman gantung jika memiliki lebih daripada 18-20g (kalau tak silap). Dan… berat serbuk dalam paket plastik pada malam tu adalah 20g!!! Terima Kasih Allah, terima kasih kerana masih memelihara aku dari semua bala bencana didunia ini. Terima kasih kerana melepaskan aku dari cengkaman fitnah yang hampir2 memusnahkan hidup dan masa depan aku! Sesungguhnya Engkaulah Tuhanku, dan aku hanyalah hambaMU yang hidup dibawah pentadbiranMU…

No comments:

Post a Comment